Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Ogos 2018

Zeti Perlu Letak Jawatan Kerana Gagal Pertahankan BR1M Sedangkan Ia Idea BNM - Puad Zakarshi.

Bekas Pengerusi JASA, Dr. Puad Zakarshi hari ini mempertikaikan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kerana gagal mempertahankan tindakan memperkenalkan BR1M oleh kerajaan suatu masa dahulu.




Menurut Puad Zakarshi, cadangan melaksanakan BR1M sebenarnya ialah idea dari Bank Negara itu sendiri selepas kajian menyeluruh dan teliti dilakukan oleh agensi berkenaan bagi mencari kaedah terbaik untuk meringankan beban rakyat.

Berikut dibawah adalah ulasan penuh dari bekas MT UMNO itu;

Dr. Puad Zakarshi | BATAL BRIM BERMAKNA ZETTI DICUCUK HIDUNG

Kalau BRIM ditamatkan, Zetti wajib letak jawatan sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Negara (CEP) dan Pengerusi PNB. BRIM adalah idea Bank Negara. Gabenor Bank Negara ketika itu adalah Zetti. Zetti yang mempertahankan idea BRIM.

BRIM dicadangkan dalam pembentangan Lembaga Pengarah BNM yang dihadiri oleh DS Najib pada bulan Mac 2011. Ia kemudiannya dibentang dan dibahas dalam mesyuarat “Majlis Ekonomi Negara” pada bulan Mac dan Ogos 2011. 


Dengan kata lain BRIM lahir melalui pertimbangan teliti. Ternyata mekanisme subsidi dan kawalan harga yang negara gunakan ketika itu mengakibatkan kos fiskal yang besar. 

Sebab itu BRIM diperkenalkan supaya sampai kepada golongan “sasar” yang sebenarnya.

Menurut Zetti, BRIM adalah hasil kajian menyeluruh terhadap sistem pemberian subsidi dan jaringan sosial (social net) di beberapa negara lain. 


Ketika itu Malaysia hampir melaksanakan langakh “fiscal consolidation” dan antaranya rasionalisasi subsidi.

BRIM dibatalkan kerana ego dan kesilapan Tun M membatalkan GST. Dia mahu menghapuskan legasi Najib kerana BRIM dikaitkan dengan Najib. 


Akibatnya rakyat yang susah. Padahal ia hasil kajian teliti dan dipuji oleh pakar ekonomi dan Parlimen UK. Bertambah buruk kerana ahli CEP seperti Zetti dan Jomo dicucuk hidung. Zetti wajar letak jawatan. - 27 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...