Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Ogos 2018

100 Hari Sudah Berlalu, Bila Lagi Nak Bertindak - Prof Mohammad Agus Yusoff.

Mohammad Agus Yusoff | SETELAH 100 HARI BERLALU : BILA LAGI MAHU BERTINDAK?

1. Rakyat faham jika tol dan bayaran PTPTN belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan. Ini kerana kesemua di atas memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.


2. Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos.

3. Pertanyaan rakyat mudah. Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

4. Bilakah reformasi institusi parlimen, SPR, dan kehakiman hendak dilaksanakan? Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula? Mengapa begitu lambat?

5. Bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta MKN, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan? Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?

6. Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara. Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan. - 27 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...