Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Ogos 2018

PAS Terbuka Terima Kerjasama Dengan MIC - TGHH.

Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS

PAS SAMBUT BAIK KETERBUKAAN MIC


1. PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara.


2. Perkara ini dinyatakan di dalam pertemuan di antara Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri S.A Vigneswaran pada hari Ahad, 19 Ogos 2018 di Pejabat Agung PAS Pusat.

3. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP, Encik Balasubramaniam. Manakala di pihak MIC oleh Timbalan Presiden MIC, YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, YB Dato’ Sivarrajah Chandran.

4. Presiden PAS berkongsi pandangan terhadap kemajmukan kaum dan kepelbagaian agama dalam negara, serta keperluan untuk memberi kefahaman yang sebenar demi mewujudkan keharmonian antara agama.

5. Presiden MIC menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama, termasuk kesediaan untuk memberi sokongan terhadap calon PAS dalam PRK N32 Seri Setia.

6. Presiden PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada Presiden MIC di atas pertemuan yang bersejarah ini, serta menyatakan kesediaan untuk meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama, demi mewujudkan perubahan yang lebih baik dalam negara.

"Sejahtera Bersama Islam”

SYAHIR SULAIMAN
Setiausaha Politik Presiden PAS

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...