Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Ogos 2018

Penulis Buku Altantuya Dedah Rahsia, Pernah Ditahan Kerana Didakwa Hina Najib Di Twitter.

Malaysiakini | Seorang penulis mendakwa disoal siasat polis kerana didakwa mengirim kenyataan di Twitter pada 2016 yang disifatkan sebagai menghina perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Penulis itu, ES Shankar - yang menulis buku tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bertajuk Murdered in Malaysia : The Altantuya Story pada 2015 - berkata dia ditahan sebaik tiba di kaunter imigresen di KLIA pada 7 Ogos.

Dia mendakwa ditahan dari pukul 3.30 petang hingga 11.00 malam hari itu dan disiasat oleh empat pegawai cawangan khas dari Bukit Aman yang tiba pada pukul 8 malam.

"Mereka kata saya perlu beri kenyataan. Jika tidak mereka akan bawa saya ke balai polis dan masukkan lokap semalaman untuk (reman) perbicaraan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Ketika disiasat, Shankar mendakwa dia dimaklumkan bahawa dirinyaa disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kenyataannya di Twitter yang dibuat pada Nov 2016.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menyediakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] pula boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shankar juga mendakwa polis menggeledah barangannya sementara imigresen meramspas pasport dan dokumen perjalanan kecemasan yang dikeluarkan Suruhajaya Tinggi Malaysia di Toronto.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis namun diminta hadir di mahkamah majistret pada 8 Oktober.

Shankar berkata dia meninggalkan Malaysia pada Sept 2015 ketika bukunya diterbitkan kerana bimbang penerbitan buku itu akan memberi akibat buruk kepadanya.

Dia mendakwa dia di luar negara termasuklah ketika kenyataan di Twitter itu dibuat, sehingga selepas pilihan raya umum ke-14.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...