Isnin, 5 September 2016

Mahathir Hadir Ke Perbicaraan Anwar - Apa Petandanya?

Aihh.

Ianya terlalu sukar untuk aku menerima Mahathir. Aku boleh bertolenrasi dengan Anwar meskipun selepas Kajang Movie. Aku boleh letak ketepi pelbagai perbezaan dengan pembangkang yang bercelaru bagi menafikan majoriti 2/3 BN dalam pru ke 14. Tetapi untuk terima dan raikan penglibatan Mahathir bersama pembangkang? Aku tak rasa aku boleh buat. Aku terlalu menyampah tahap maksima kat Mahathir.

Tadi. Azmin dan Najwan, staff Azmin juga, update ;


Member tag di facebook. Untuk makluman aku. Aku membaca posting. Azmin bersama Mahathir kini berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Azmin, pada pemerhatian secara kasar oleh aku sejak dilantik menjadi MB macam tak amek port perihal Anwar. Dan sekarang dia disini, bersama Mahathir menanti ketibaan Anwar dalam mahkamah.

Apa plan Azmin?

Apa plan Mahathir?
Apa yang ingin dicapai oleh Mahathir bila bertemu Anwar?
Kenapa perlu hebahan?
Provoke Najib?
Bukannya tak boleh deal secara sulit. Ini secara terbuka declare Mahathir kini sepertinya welcoming sebarang bentuk kerjasama dengan pembangkang meskipun itu termasuklah dia perlu berbaik-baik dengan Anwar.

Aku harap tak wujud sebarang unsur-unsur ugutan dalam menjalin kerjasama. Dan aku juga berharap pembangkang boleh fikir masak2 sebelum nekad melibatkan Mahathir dalam.misi menawan negara.

Aku tak faham permainan Azmin dan Mahathir kat sini. Yang aku faham Mahathir sedang cuba apa sahaja usaha dalam memastikan Najjb tersungkur. Penyokong pembangkang dahla memang ramai yang catur. Jahanam la kalau seriyus Mahathir dok dalam pembangkang kelak. Mao brrtambah haru biru neh nanti. Hampeh!

Gambar2 pertemuan Mahathir - Anwar.






Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...