Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 September 2016

Akaun Peribadi Najib Di bawah Jagaan Jho Low.


Geramnya. Tak dapat buka dan baca news tersebut disebabkan ianya berkunci. Nak baca kena langgan. Macam mana nak guna isu neh untuk lawan Najib? Niamahai punya WSJ. Dah kena beli ke ape.

Kahkahkah

Laporan versi Malaysiakini ;

Akhbar, The Wall Street Journal hari ini mendedahkan sekutu Datuk Seri Najib Razak, Low Taek Jho yang kononnya mengendalikan akaun peribadi AmBank perdana menteri. Menurut laporan itu, Low berulang kali menekankan sensitiviti akaun berkenaan dan menekankan keperluan untuk kerahsiaan. 

Beliau juga dilaporkan melarang AmBank daripada menghantar penyata kad kredit yang berkaitan dengan akaun tersebut ke kediaman perdana menteri. "Jangan biarkan mereka di luar bank atau lebih daripada beberapa orang dalaman tahu mengenai akaun ini, arahnya. 

Gunakan Gmail, bukan sistem e-mel bank, untuk komunikasi. “Apa sahaja yang kamu lakukan, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri,” petik laporan WSJ yang menyenaraikan arahan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Low. "Tidak tidak tidak, tulis Low, menurut transkrip mesej BlackBerry yang diperolehi oleh The Wall Street Journal. 

Super sensitif. "Sebaliknya, beliau mengarahkan seseorang untuk menerima penyata secara peribadi," petik laporan yang disiarkan pagi ini. Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.

-----

1. Cuba korang tengok kat gambar yang aku upload di atas. Gambar tu merujuk kepada paparan perbualan mesej Jho Low bersama seseorang. 

2. Jho low tulis. 25j nak masuk. 50juta on the way gak neh. Tolong pastikan semua maklumat ini dirahsiakan tahap maksima. Lebih kurang begitula versi translatenya. 

3. Sampaikan penyata pun tak patut dicetak sebagai bukti kemasukkan dan penerimaan wang. Maknanya buat salah la tu sampai takutt!

4. Apa pun aku sebetulnya dah bosan. Aku bosan kerana berada dipersimpangan. Aku kalau boleh mana2 pihak yang ada bukti tentang salahlaku jenayah Najib, dedahkan ja. Tak perlu la kunci2 artikel ko tu. Tak membantu mana pun.

5. Najib nampak cam slow tetapi dia lantik orang power jaga propaganda kot. 

6. Team Najib sekali lagi akan olah laporan WSJ sampai ke tahap buat kita berfikir.. "Ahh ini fitnah rupanya. Bukti tarak woi". 

7. Aku bukan solid atau blindly percaya WSJ. Wsj tu pun media propaganda gak tu.  Tetapi oleh kerana Najib taknak saman dan ini bukannya first time WSJ tulis tentang 1MDB dan kaitannya dengan Najib, maka aku nampak kekantoian Najib disitu.

8. Acc tu Jho Low yang jaga. Ini je dah buktikan JhO Low, Najib kenal antara satu sama. Kenapa dorang berlakon macam tak rapat sangat. Rapatla tu sampai private acc Najib pun ada Jho Low. Hebat. 

9. Ini kot punca Jho Low tak dapat dikesan2 sampai sekarang? Takut rahsia dicompromised ka?

Padanla tak berani nak saman hingga sekarang.

Kahkahkahkahkah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...