Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 September 2016

Maaf, Kerajaan Tiada Duit Bina Hospital Pendang - Mungkin Wang Dihabis Makan Oleh Panda Kesayangan Najib.


Bina hospital takde duit.
Baiki sekolah takde duit.
Sediakan perumahan mesra rakyat tak cukup duit.
Subsidi petrol dah tak mampu.
Subsidi gula hapus sebab kerajaan terbeban.
Subsidi beras dimahsuh kerana penyelewengan.
Jalanraya free tanpa tol tak boleh sebab kerajaan takde dana. Cukai GST wajib sebab nak tampung kehilangan hasil minyak.

Kadar elektrik tetap naik, walau minyak dunia turun harga, untung berjuta tak boleh persoal kerana rakyat tak pandai mengira. 

Naik itu naik ini kos sara hidup meninggi takda apa sebab kerajaan bagi BRIM.

Gaji wakil rakyat naik ada duit.
Beli jet baru ada duit.
Ubahsuai juta-juta ada duit.
Bina menara tertinggi baru reti cari dana.
Bagi dana ke sukan golf ada duit.
Bela panda-panda bajet cute pun ada duit.
 
Hebat. Hebat. Kena pada kehendak dia bersungguh cari peruntukan merealisasikan impian. Kena pada rakyat, itu membazir la, perlu berjimat la, penggurangan bajet itu penting la, amalan menabung amalan mulia la...

Baybee punya kerajaan.

Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan. Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya.

“Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut,” katanya, semalam. Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.

Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan. Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut. Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan.

Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006. Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan. Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...