Rabu, 7 September 2016

Dan Apabila Cikgu Perlu Meminta Sumbangan Untuk Beli Papan Putih Demi Anak Murid..

Pertama. Kerja perkeranian.
Kedua. Kutip duit yuran bagai.
Ketiga. Kena pantau tingkahlaku anak murid.
Keempat. Kena jaga KPI.
Kelima. Kena bantu lancarkan aktiviti tertentu
Keenam. Kena jadi supercikgu. Seseorang yang boleh berubah pada bila2 masa mengikut kepada arahan dan tugasan yang diterima pada ketika itu.

Ohh kejap. Belum cukup lagi. Kita ada yang ketujuh. Kena kutip derma. Minta paper A4 ke. Papan putih ke. Tak gitu ke wahai menteri pendidikan kita?

Beberapa hari yang lepas. Aku perhati menteri pendidikan kita dah macam sakit jiwa. Ada ka patut dia pi ulas isu Kazim dengan cara backup Kazim. Sebelum itu dia kata kementerian takde hak nak campur-tangan biarpun aku agak bengkek mendengar respon sebegitu tetapi aku pelik dengan dia tu kerana hak nak membackup Kazim indirectly boleh pula ek dia pada dia. Menggunakan sentimen peribadi mengulas isu itu sebenarnya dah salah atas kapasiti dia sebagai menteri.

Dari dia yang menyemak ulas isu yang kononnya takde kaitan dengan dia why not dia lakukan something tentang fasilitis sekolah awam. 

Aku membaca tadi ;



Bagus cikgu neh. Dia usaha nak upgrade fasiliti sekolah  yang dah uzur dengan cara dia. Padahal benda2 begini bukannya apart of tugas guru. Guru focusnya pada pencapaian akedemik dan KOKO murid2. Bila murid2 tak cemerlang, guru besar, kementerian dan mak bapa akan salahkan guru. Guru tak pandai mengajar la. Guru itula guru inila tetapi padiayapa juga kalau hal2 fasiliti sekolah pun cikgu nak pecah hotak fikir dana ataupun cari sponsorship. 

Lepas tu aku baca lagi ; 

Pagi tadi, aku ada up kan mengenai papan putih yang dah lusuh sedikit. Tak sampai sejam, dah ada personal yang hubungi dan berikan sumbangan. Sumbangan beliau mencukupi untuk aku belikan 3 biji papan tulis di kelas PPKI aku. Aku anggarkan kos sebiji papan tulis RM150. Aku dapat RM450 untuk 3 papan tulis.

Sekiranya ada lebihan, aku akan ganti dengan alat tulis atau keperluan yang sesuai untuk diguna pakai anak-anak PPKI ini. Penyumbang ini tak mahu dikreditkan ke atas nama beliau. Namun, terima kasih saudara ZF Zamir kerana panjangkan dan bangkitkan hal keperluan anak-anak PPKI ni.

Anak-anak seronok, cikgu seronok, PPM apatah lagi. Kalau dua tiga hari lepas ada entri tentang Jepun yang sudah melangkah setapak ke depan dengan penggunaan digital touch screen dalam kelas, ini aku minta papan tulis pun dah cukup bahagia. Seronok la Ummu Hamidah datang depan tulis ABC. Suka la murid-murid nak ambil giliran tulis hari dan tarikh bila cikgu suruh. Kepada yang bertanya kenapa tak cuci dengan thinner, kami tiap-tiap tahun buat benda yang sama. Mungkin kerana papan putih tu dah terlalu lama digunakan.

Papan tulis tu pun kami ambil dari kelas perdana yang kami pecahkan dindingnya untuk bina kelas PPKI pada tahun 2012. Inilah bukti bahawa masih ramai yang prihatin dengan kebajikan anak-anak kita di sekolah. Terima kasih pada tuan yang sudi menyumbang. Semoga anak-anak Pendidikan Khas di sini dapat manfaat dari sumbangan ini. Tak sabar nak tengok reaksi mereka bila dah dapat papan putih baru! Yay!  

- Nada Hanis

Dan aku baca lagi ;

Okay tak sampai 15 minit aku share minta papan putih, selesai masalah Cikgu tu nak papan putih baru untuk anak pendidikan khas dia. Rupanya ada 3 kelas Pendidikan Khas di sekolah tu. Ada 18 anak semuanya. 


Terima kasih kepada penyumbang tak ada nama. Esok kalau 18 anak ni pandai membaca, atau jadi manusia baik-baik, terang kubur tu nanti. Jadi tak kisahlah, kasut ke, papan putih ke, aku tahu situasi ni sukar untuk Cikgu. Jadi kalau depa up post di Facebook, maknanya bukan depa nak publisiti sangat. 

Pertama depa nak luahkan, dalam sistem yang mengekang, yang memenjarakan dan menyulitkan depa buat kerja ni, ada banyak isu masih belum terselesaikan. 

Kedua depa nak minta masyarakat ikut serta untuk bantu selesaikan masalah tu. Apalah sangat RM30 untuk kasut, atau RM150 untuk papan putih banding gaji RM3000 tu? Isunya bukan wang atau duit. 

Isunya ialah - adakah masyarakat mahu bekerjasama dan bergotong royong bersama mereka dalam sistem pendidikan ini? Aku sendiri pernah beli kasut anak, aku sendiri juga pernah up post tanpa maklumkan aku yang beli (habis terus pahala aku tulis ni kahkah). 

Sebab dalam kerjaya Guru ni, tak pernah sekali pun guru-guru ni berkira dengan anak. Sama ada dalam sukan atau dalam kelas atau masa di kantin atau apa juga lah. Apa aku nak bagitahu sebenarnya, masyarakat ada tanggungjawab besar untuk bantu guru jayakan sistem pendidikan kita. Walau institusi ini nampak rosak, kita ada pilihan sama ada nak turut serta bantu dan baik pulih - atau terus lepas dan tinggalkan sebelum maki-maki. Pilihan - sentiasa ada walau sistem ini telah diinstitusikan secara sistematik dan kelihatan amat sukar untuk digugat. 

- ZF Zamir 

Lepas baca luahan-luahan mereka itu secara tiba-tiba aku rasa menyesal. Kenapa masa kecik-kecik dulu aku tak bercita-cita nak jadi PM ke Menteri Pendidikan ke. Kan tak pasal-pasal masyarakat dah berpecah belah memikirkan cara nak menyelesaikan masalah kerana ditadbir oleh pemimpin2 yang tak guna dok kalut kumpul harta demi kepentingan sendiri. Melihat kepada kenyataan di atas aku faham bahawanya hidup ini bermaksud kita perlu membuat pilihan. 

Apa pilihan Nada Hanis? Nada Hanis memilih nak membantu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang sepatutnya kepada anak muridnya menerusi medium kutipan derma. 

Apa pilihan ZF Zamir? ZF Zamir memilih untuk menyedarkan masyarakat bahawanya warga pendidik dan masyarakat perlu bekerjasama dalam memainkan peranan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada keperluan semasa murid. Kita boleh marah. Kita boleh maki. Tetapi sampai bila. Dan hasilnya pula macam mana? Adakah berjaya mengubahnya sekarang atau perlu tunggu 10 tahun? 100 tahun? Kita tiada masa untuk itu kerana murid2 bertambah usia setiap tahun. Apa kata kita yang melakukan perubahan itu. 

Bagus pilihan Nada Hanis & ZF Zamir. 

Tetapi, apa pula pilihan aku? Maki tetap maki. Apabila keadaan memerlukan makian. Kita maki. Kementerian sasaran utama. Menteri subjek teras. Jangan bagi peluang. Gaji rembat. GST rembat. Papan putih pun cikgu kena cari. Gampang'in. Bukan kita marah cikgu. Fahamilah.

Bantu tetap bantu. Bila keadaan mendesak. Kita bantu, sebab kita faham ini aje jalan short-term untuk ringankan kerumitan sedia ada.

Pendek kata misi short-term dan long-term perlu dilancar sekali bagi menjayakan matlamat. Jadi catur neh yang penting perjalanan percaturan kita membantu pemain catur mencapai kemenangan. Kita tak perlu ada fungsi yang sama. Cukup kita ada matlamat yang serupa. Yang penting konsistensi dan usaha tu bersepadu. Mengubah sistem pendidikan negara, insya Allah jalan-jalan mencapainya ada kaedahnya. Perghhh. Sejak bila aku jadi ahli politik neh woi. Ayat manis tak boleh blahh. 

Kahkahkahkahkahkah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...