Isnin, 20 Februari 2017

Suami Ketua Audit Negara Yang Baru Penyokong Kuat Najib Dakwa Pro Mahathir.

Belum pun memulakan tugasnya secara rasmi, Ketua Audit Negara yang baru, Tan Sri Madinah Mohamad, telah pun dilanda dua kontroversi. 

Bukan belajar akaun tetapi sibuk nak audit kewangan negara?

Kontroversi yang pertama apabila krediblitinya dipersoalkan netizens kerana bukan berasal dari background perakaunan dan perniagaan.

Meskipun ramai yang mempersoalkan perlantikan tersebut tidak dapat dinafikan masih terdapat pihak-pihak yang menyokong. Hujah mereka, apa yang penting Ketua Audit Negara yang baru mengamalkan tugas dengan cekap, telus dan amanah samada berasal dari background perakaunan mahupun tidak, ia tidak menjadi masalah.

Tambahan pula kata pihak-pihak yang menyokong perlantikan Tan Sri Madinah Mohamad, Tan Sri Amrin Buang juga bukan berasal dari background perakaunan. Semakan kami, Tan Sri Amrin Buang mempunyai ijazah dalam Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, yang mana kedua-dua jurusan ini mengajar subjek yang berkaitan dengan bidang perakaunan juga.

Eh, suami awak UMNO tegar, penyokong Najib, boleh percaya ke rakyat pada kamu?


Kontroversi yang kedua ialah, kononnya suami kepada Tan Sri Madinah Mohamad ialah seorang pembodek tegar Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Beliau ialah Datuk Ridhuan Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Kepong. 

Memetik kenyataan Kelab Chedet, "Siapa sebenarnya Ketua Audit Negara yang baru ni? Kita tahu Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 60, dilantik sebagai Ketua Audit Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2019. 

Tan Sri Madinah Mohamad
Tan Sri Madinah
Tapi siapa Tan Sri Dr Madinah ni? 

Masih ingatkah anda dengan Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati untuk mempertahankan Najib. 

Rujuk link ni; http://www.astroawani.com/…/saya-berani-mati-untuk-najib-ke

Ayatnya bodeknya macam ni, "Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak," katanya. 

Ketua Audit Negara yang baru ni, Tan Sri Dr Madinah ialah isteri KB Kepong. Bagaimana seorang Isteri KB yang sanggup mati demi pertahankan Najib, boleh duduk ditempat penting memerlukan integriti yang sangat tinggi. 


Yakinkah kita rakyat Malaysia terhadap diri beliau? Kami takmau jawab, hangpa boleh tolong kot. Yakin ka?", tulis page FB pro Mahathir itu di media sosial.

Untuk rekod, Tan Sri Madinah Mohamad akan memulakan tugasnya pada 23 Februari 2017 selepas Tan Sri Amrin Buang menamatkan perkhidmatannya pada 22 Februari ini. Tan Sri Madinah Mohammad mempunyai pengalaman luas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi dan Kementerian Pendidikan sebelum bersara pada tahun 2016.

Tan Sri Madinah Mohamad berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik, Sarjana Sains dalam bidang Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sumber Manusia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...