Selasa, 21 Februari 2017

Bukti CCTV Pembunuhan Kim Jong Nam Terlepas Ke Media Asing - Apa Dah Jadi Dengan Tahap Keselamatan KLIA 2 Soal Amanah.

Kenyataan Media 

ISU PEMBUNUHAN JONG-NAM - ADAKAH ALTANTUYA 2?

1. Lolosnya beberapa bahan bukti utama dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam adalah satu lagi peristiwa malang yang pastinya memberikan kesan kepada imej dan tahap amalan intergriti negara di mata masyarakat antarabangsa. 

2. Ancaman bocornya pintu keselamatan negara (porous border) adalah persoalan bagaimana rakaman CCTV KLIA 2 yang merakamkan tragedi pembunuhan Jong nam boleh terlepas ke tangan media asing dan ditayangkan di beberapa buah negara di antaranya Jepun dan Singapura beberapa hari yang lalu. 

Kim Jong Nam
3. Kebimbangan kepada amalan rasuah dan penyelewang kuasa yang berleluasa adalah faktor utama yang memungkinkan berlakunya kebolosan video pembunuhan Jong-nam ke tangan pihak asing yang pastinya merumitkan lagi siasatan kematian rakyat Korea Utara ini. 

4. Perdana Menteri dan anggota Kabinet mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden kebolosan bahan bukti yang sekaligus upaya mencemarkan maruah negara. Paling terkesan terutamanya ia melibatkan keadaan betapa rapuhnya pintu keselamatan negara ini dijaga. 

5. Di kacamata antarabangsa, kita khuatir isu pembunuhan Jong-nam akan melahirkan persepsi Altantuya 2. 

Sudah cukup wibawa dan intergriti negara tercemar dengan misteri pembunuhan kejam Altantuya yang motif kematiannya masih menjadi rahsia sehingga kini. 

#AmanahDemiNegara 
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) 
21 Februari 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...