Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Februari 2017

Anda Penyokong Ahok Jika Tidak Hadir Himpunan #RUU355 Kata PJ PAS Perak.

"Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17, anda penyokong Ahok," kata Razman Zakaria,  Pesuruhjaya Pas Perak yang merujuk kepada satu-satunya Gabenor dari keturunan Cina dan beragama Kristian pertama mentadbir Jakarta dalam tempoh lebih 50 tahun itu yang kemudiannya didakwa telah menghina al-Quran.
Tahun lalu, Ahok dituduh menghina agama Islam ekoran mengaitkan lawannya menggunakan ayat 51 surah al-Maidah ketika berkempen di Pulau Seribu, Oktober pada Pilihan Raya Gabenor.
Ucapan beliau yang sebenarnya telah disunting pihak tertentu menjadi tular sehingga mencetuskan demonstrasi mega melibatkan ratusan ribu penganut Islam dengan tema "Aksi Bela Islam" pada 4 November tahun lalu.
Ahok berkata, beliau telah difitnah serta tidak bermaksud untuk menghina ayat suci al-Quran dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.
Bagaimanapun hasil pemerhatian pihak kami di laman sosial, kenyataan Razman itu sebenarnya lebih banyak mengundang reaksi negatif netizens berbanding yang positif.

 
Bukan semuanya bersetuju dengan kenyataan tersebut dan ada di antara mereka sebenarnya dari kalangan penyokong PAS itu sendiri.


Status fb yang 'pukul-rata' itu tidak sepatutnya dituliskan oleh Razman Zakaria seorang pemimpin PAS Perak di kala parti Islam itu berdepan dengan tanggapan negatif masyarakat, yang suka kafir mengkafirkan umat Islam yang tidak bersetuju dengan pendirian parti mereka.

Pihak kami berharap agar pemimpin PAS berhati-hati dalam mengeluarkan setiap perkataan kerana tindakan mereka itu akan dibaca sebagai wakil parti dan jika kenyataan itu mendorong ke arah pemikiran negatif, sudah tentu ianya tidak baik bagi reputasi parti. 

Sememangnya menyokong atau tidak menyokong RUU355, salah satu undang-undang yang dihidupkan dibawah pentadbiran Lord Reid tiada kaitan dengan akidah seseorang mahupun layak dianggap sebagai anti Islam. 

Diharapkan jangan melakukan tuduhan dan meletakkan hukuman keterlaluan kerana setiap tindakan pemimpin parti PAS ialah cerminan kepada idelogi dan pemikiran yang dibawakan oleh PAS itu sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...