Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 15 Februari 2017

Mula-Mula Suruh Rakyat Buat 2 Kerja, Bila Dego Ride Dah Berkembang Halang Pula - Kerajaan Jenis Apa Ni Soal Peguam DAP.

Oleh : Zulhazmi Shariff

DEGO RIDE
Sejarah Dego Ride
Dego Ride
Sebelum ini kita dikalutkan dengan isu perkhidmatan Uber dan GrabCar. Sekarang kita heboh dengan Dego Ride. Dego Ride sama seperti Uber dan GrabCar tetapi menggunakan motorsikal berbanding Uber dan GrabCar yang menggunakan kereta.
Dego Ride Malaysia
Pengasas Dego Ride
Adakah Dego Ride melanggar undang-undang?
Jawapannya YA kerana motorsikal yang digunakan berdaftar dengan JPJ sebagai kenderaan persendirian untuk kegunaan sendiri sebaliknya mereka menggunakannya untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan. 
Malaysia mempunyai undang-undang yang mengawal pengangkutan awam antaranya Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 2010.
Kenapa Uber dan GrabCar boleh dibenarkan tetapi tidak Dego Ride?
Ini masalah pentadbiran bukan masalah perundangan. Uber, GrabCar dan Dego Ride adalah sama di sisi undang-undang iaitu kenderaan persendirian yang dilesenkan untuk kegunaan persendirian bukan untuk tujuan perdagangan atau perkhidmatan. 
Alasan Kerajaan tidak membenarkan Dego Ride setakat hari ini ialah alasan keselamatan kononnya menggunakan motorsikal adalah merbahaya. Ini hanya alasan pentadbiran bukan alasan undang-undang. Jika Uber dan GrabCar boleh dibenarkan sewajarnya Dego Ride juga boleh dibenarkan dengan kawalan dan syarat-syarat tertentu seperti mana Uber dan GrabCar.
Kenapa Uber, GrabCar dan Dego Ride wujud?
Peningkatan kos sara hidup mengakibatkan masyarakat terpaksa kreatif dalam usaha meningkatkan pendapatan bagi menampung pendapatan sedia ada. 
Kerajaan juga melalui seorang menteri meminta rakyat Malaysia supaya melakukan lebih dari satu kerja untuk menambah pendapatan justeru ianya disahut rakyat dengan pelbagai saluran yang ada.
Kerajaan gagal mengurus ekonomi negara dan kemudian terus menerus menekan rakyat. Kerajaan jenis apa ni?
Zulhazmi Shariff 
15 Februari 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...