Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Februari 2017

Hadi Dan Rasuah - Suatu Ulasan.

Oleh : Ali Abu

Hadi & Rasuah

"Mereka boleh menerima negara yang bersih rasuah tetapi boleh kalau pemimpinnya pemabuk, mengamalkan seks bebas dan sebagainya yang lebih besar dosanya daripada rasuah." - Presiden PAS 

Link : https://www.facebook.com/profesionalistiqamah/posts/617368461781271:0

Link : https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/10739-mengapa-syariat-islam-dikelirukan

 
Den amat terkejut membaco statement Hadi yg ini. Ye kito kalau boleh tidak mahu memilih pemimpin yg mabuk dan yg amalkan seks bebas. Tapi dosa yg dinyatakan tadi adolah dosa utk dirinya sendiri. Tak membabitkan orang lain pun. Namun kalau ado pemimpin yg tidak minum arak dan tak ponah berzina tapi amalkan rasuah, impaknya amat bosa sekali krn akibatnya bukan sekadar utk dirinya sendiri, ia juga melibatkan orang ramai (rakyat).

Satu, rasuah melibatkan sejumlah wang rakyat yg dicuri. Keduo, disobabkan rasuah itu juga nyawo rakyat di dalam bahayo. Den bagi contoh mudah. Buat satu stadium baru bagi menggantikan stadium negeri yg dah usang. Bajet yg diluluskan oleh DUN sebanyak rm50 juta utk stadium baru itu. RM 50 juta ialah wang kjaan a.k.a wang rakyat. Lalu tender dibukak. Ado 5-6 company construction yg berminat. Masing-masing hantar proposal. Tapi ado satu company direct pi jumpo MB.

Company ni cakap, rm25 juta kami bagi YAB MB dan lagi rm25 juta kami buat stadium baru. Tapi gerenti stadium baru tu rupa mcm stadium yg bernilai rm50 juta. Betul kata kamu? Tanyo MB. Betul YAB MB, jangan takut. Lalu MB bagi kelulusan projek nak bina stadium baru tersebut kpd company yg berani nak bagi rasuah tadi.

Duit rakyat rm50 juta dikeluarkan lalu diberi kpd company tadi. Tapi rm25 juta dah bagi siap-siap kpd MB. Tapi company ni bukan bodoh. Dio pun nak untung jugak. Dari rm25 juta yg tinggal, rm15 juta dio simpan. Lagi rm10 juta dijadikan kos utk bina stadium baru. Tapi stadium itu perlu nampak mcm stadium bernilai rm50 juta seperti yg ado di dlm blueprint. Patut simen 50 kampit utk sekian persegi, dah jadi 5 kampit. Tiang bosi patut ado 10 cerucuk kini dah jadi 2. Byk pekaralah yg di'cut' ey bagi nak menyiapkan stadium baru tadi berado dlm kos lingkungan rm10 juta. Bilo byk pekara di'cut', byk pekaralah yg tak ikut spek. Ini amat merbahayo bro.

Ok stadium baru asal boleh dah pun siap dan dirasmikan oleh MB. Kemudian stadium itu dijadikan venue perlawanan bolasepak Liga Super. Bilo perlawanan bola itu diadakan, berjogetlah penonton Ultras keduo-duo tim yg seramai 20 ribu orang itu. BRANGGGGG! Tibo-tibo stadium yg bernilai 'rm50' juta itu RUNTUH. 20 ribu peminat bola mampus dalam iman akibat tragedi keruntuhan itu. MB yg diinterview oleh wartawan selopeh Solat Jumaat menyatakan simpati dan kekesalanya kpd famili yg kehilangan orang yg tersayang dlm tragedi stadium runtuh itu. MB juga berjanji satu siasatan menyeluruh akan segera dilakukan berikutan insiden ini.

Kemudian selopeh 2 tahun, hasil siasatan mengumumkan bhw stadium yg bernilai rm50 juta itu runtuh krn pergerakkan bawah tanah. Takdo unsur rasuah yg dinyatakan. Setel. Meskipun MB ini secara zahirnya tak minum arak dan tak mengamalkan seks bebas, tetapi dosanya amat besar. Krn dosa rasuahnya, ia berjayo curi wang rakyat sebanyak rm25 juta dan dalam pado maso yg samo 'membunuh' 20 ribu nyawo manusio.

Kalau kito tukar watak MB tadi kpd seorang MB yg tak amal rasuah tetapi kehidupan peribadinya jelik krn minum arak dan main pelacur, kau nak yg mano satu? Sudah pasti kau nak MB yg tak amal rasuah. Bilo dio tak amal rasuah, kalau buat stadium baru bernilai rm50 juta, dah tontu dio tolak company yg menawarkannya rasuah. Jadi rm25 juta wang rakyat tidak dicuri dan 20 ribu jiwo manusio selamat. Kehidupan peribadinya yg jelik itu dosanya dio sendiri yg tanggung. Bukannya rakyat. Namun rakyat untung dgn kepimpinannya yg anti kpd rasuah.

Dapek MB dahi hitam sobab byk solat sunat tapi amal rasuah pun tak guno bro. Dan ofkoslah kito nak dapek pemimpin yg sempurno dlm dunio moden arini mmg amat payah sekali. Namun, setidak-tidaknya pilihlah pemimpin yg anti kpd rasuah.

Den bagi contoh stadium kek atas sobab dah ado 2 stadium runtuh kek Malaysia ni sepanjang den hidup di atas mukobumi ini. 

Satu, stadium baru di Terangganu. Dah siap dan kemudiannya runtuh. Takdo manusio duduk pun, dio boleh runtuh mcm tu je. Mmg bersyukurlah sobab takdo nyawo yg hilang. Tapi kau bayangkan stadium itu begitu rapuh bro sampaikan jin dan bunian yg tidak berjisim tu pun bilo duduk atas stadium tu je, terus runtuh. Bapak teruk tuh. Ini kito story pasal stadium baru siap dibina. Bukannya stadium usang yg dah berusio 100 tahun. Belum ado pemberat yg mendudukinya (iaitu penonton), tapi dgn magiknya dio runtuh mcm tu je. Sekali lagi, runtuh mcm tu je. Bapak sial dio punyo lelucon. Dan paling kelakar, takdo unsur rasuah yg dikaitkan.

Keduo, Stadium Tertutup Velodrom yg runtuh semaso pembinaannya. Belum siap tetapi runtuh semaso membikinnya pado tahun lopeh. Stadium Tertutup Velodrom ini terletak di Nilai, Nismilan. Dan ianya dibina sempena Sukan Sea KL yg diadokan pado tahun ini. Ini lagi teruk drpd stadium baru Ganu, lum siap dah runtuh. bikin malu sungguh. Mungkin dio runtuh sobab design flaw tetapi kaitannya dgn unsur rasuah totap ado. Velodrom yg runtuh ni tak jadi berita bosa tahun lopeh. Ado diberitakan tentang keruntuhannya tapi ia tak jadi isu bosa. Mungkin kalau ado nyawo yg melayang baru jadi berita bosa dan hot kot.

Stadium tertutup Velodrom Nilai ini dah tontulah tertakluk di bawah 'jajahan' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan KJ adolah menterinya. Dan KBS bukannya suci drpd rasuah bro. Sebelum ni je kito dah ado isu pegawai KBS terlibat dgn rasuah yg bernilai rm100 juta. Dengar dah didakwa ke mahkamah tapi sampai arini den masih belum tahu namo sebenar pegawai KBS yg terlibat itu. Korang tahu ke? Dan macam biaso, runtuhnya Stadium Tertutup Velodrom ini tertutup mcm namo dio jugak la. Tertutup secara misteri tanpo ado ey sabitan kesalahan. Takkan dio runtuh mcm tu je? Mesti ado sobab der. Dan KJ dilihat lepas tangan atas isu ini.

Datang kemusykilan bilo Hadi sebut dosa minum arak dan seks bebas lagi bosa drpd pemimpin yg amal rasuah. Seperti contoh yg den sebut kek atas, korang sendiri boleh nilai secara logik dosa yg mano satu lagi bosa kan? Comman sense bro, dah tontu korang polih dosa amal rasuah lagi bosa drpd dosa peribadi yg jelik. Krn dosa peribadi yg jelik, ia ditanggung oleh individu tersebut shj. Dan bilo pemimpin amal rasuah, kesannya amat bosa dan kesan buruknya ditanggung oleh rakyat. Dah pastilah dosa amal rasuah lagi bosa bro. 

Apsal Hadi buek statement yg tak masuk akal ini? Adokah statement ini dibuat utk melegakan hati para pemimpin Umno? Tak perlu dinyatakan disini kito sumo tahu pemimpin Umno arini amat payah nak dipisahkan dgn isu rasuah. Bilo Hadi kategorikan dosa rasuah lobih kocik drpd dosa minum arak, mako bersorak-sorailah para pemimpin Umno. Alaa setakat rasuah (baco curi duit rakyat) rm5 juta ape la sangat. Dosa kecik je bro kalau nak dibandingkan kau minum tin Carlsberg made in Shah Alam nih. Korang nampak tak kesannya bilo Hadi keluar statement tersebut? Kalau tak nampak, den tak tahu nak cakap apo lagi dah.

Dosa rasuah ni adolah dosa bosa bro krn ia melibatkan ramai pihak. Pihak yg paling teruk menjadi mangso ialah rakyat. Pemimpin yg minum arak. Atau yg amal seks bebas juga berdosa. Tapi kesan dosanya cumo ditanggung oleh pemimpin itu shj. Ia tidak melibatkan rakyat. Pemimpin yg anti rasuah adolah keutamaan nombor satu rakyat. Kehidupan peribadi pemimpin (yg tidak menyusahkan rakyat) bukan hal rakyat untuk masuk campur. Tapi kalau ado pemimpin yg peribadinya baik, hubungan dgn tuhan pun bagus dan anti rasuah pula, sudah pastilah pemimpin ini menjadi keutamaan paling tertinggi buat rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...