Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 November 2014

Pegawai Khas Khairy Jamaluddin Diharamkan Dari Memasuki Cafe Milik Zainuddin Maidin (Bekas Menteri).

Hati tisu.

KAH KAH KAH

Apa kesnya?

First ;


Sapa si Zeifry neh?

Pegawai khas kepada KJ.

Lihat gambar ;


Apa dia buat?

Satu hari dia p makan kat satu cafe. Dia dan kawan2 dia. Semua wanita. Then dia order makanan di atas. Rujuk gambar. Makanan tersebut gamaknya tak sedap sangat kot tue sebab ditinggalkan. 

Yang jadi isu. Cafe yang dia singgah tue cafe yang dibuka oleh bekas menteri. Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan. Dan sekarang menulis di Utusan secara sambilan. Dia tatau kot bab tue. So si pegawai khas KJ dok main kritik la kat facebook. Yang kena kritik plak sentap. Dia punya sentap sampai haramkan pegawai khas KJ singgah ke cafenya lagi.

Hak ala.

Si Zeifry tue customer kot.

Kalau masak dah tak sedap memang la orang complain.

Patutnya terima kritikan secara terbuka. Si Zeifry neh pada aku dah kritik secara lembut gila. Macam gaya pondan pun ada. Bapok ke apa. Kalau la aku yang singgah. Masak tak sedap plak tue. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

MEMANG BABIK la aku bagi kot.

KAH KAH KAH

 Si Zainuddin neh semua tahu geng tegar Mahathir. Mahathir semua tahu anti KJ. Si Zeifry plak geng KJ. Mana tak jadi sensitif tak pasal2.

KAH KAH KAH

Ini apa yang si Zam menulis di blognya ;


KOMEN:
He probably didn't know the owner of the cafe where he ate is also the owner of a socio-political blog which is extremely popular and widely read in Malaysia. Oh boy..He messed with a wrong guy!

Oleh kerana tidak diberikan layanan istimewa, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memburukan Zam News Room Cafe  @ Ayer 8 Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginnya pada suatu pagi.

Pegawai itu Zeifry Ibrahim mencatitkan dalam facebooknya, "Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan "Ini cara masak kita macam ini."

Beliau kemudian meninggalkan cafe ini dan menyiarkan kritik serta gambar makanan yang tidak habis dimakannya di face booknya.

Pucanya ialah apabila dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya dan duduk di sebuah meja, pembantu cafe telah memberitahunya bahawa makanan dan bayaran perlu dipesan di kaunter kerana ini cafe layan diri.

Setelah makanan dihidangkan, dia komplain kerana nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis lauk sahaja dan dia diberitahu  "itulah cara kami, tidak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe."

Berikutan dengan itu Zeifry mengambil keputusan untuk tidak menghabiskan makanannya, mengambil gambar,meninggalkan cafe dan kemudian mengutuk cafe ini dalam facebooknya di samping menyiarkan gambar makanan yang tidak dihabiskannya.

Perlu disebutkan Zam Newsroom Cafe kepunyaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.

Sejak dibuka pada 1 Januari 2014, cafe ini telah dikunjungi oleh berbagai peringkat rakyat. Dari rakyat biasa,ahli sukan ; penunggang basikal,pejalan kaki , para seniman, ketua ketua pengarang akhbar, penulis,blogers dan juga pemimpin politik , pemimpin masyarakat ,NGO dan  tokoh perniagaan

Diantara mereka yang paling awal mengunjungi cafe ini ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Idris Jusoh, Dato Raja Arif bin Raja Ali, Ketua BiroTata Negara, Dato Sri Haji Alli Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerui Pusat Pungutan Zakat.

Blogers antara lain terdiri dari Rocky's Bru, OutSyed The Box (Syed Akbar Ali), Pengarang Berita Metro, Sufian Tahuri Muhammed, Ketua Pengarang Kosmo Datuk Baharom Mahusin, Datuk Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Haman bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara, Pegawai pegawai Tinggi Perbadanan Putrajaya termasuk Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Selain dari itu, Cafe ini juga sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Wisma Putra termasuk bekas-bekas duta dan bakal duta dan juga pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama mereka terutama pendududuk tempatan. Pada keseluruhannya mereka tidak pernah membuat teguran yang bersifat menghina, marah atau kecaman sebaliknya memberi beberapa syor tertentu kepada pembantu cafe ini Zamani.

Setelah menimbang dari semua aspek, maka saya rasa tidak sewajarnya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini sebaliknya; lebih baik untuk dikemukakan sebagai suatu contoh seorang Pegawai Menteri yang tidak memahami inspirasi   Perdana Meneri dan Timbalan Perdana supaya pendukong kerajaan berubah sikap untuk menawan hati rakyat.

Inlah contoh pegawai yang mencemarkan nama menteri dan  kerajaan.

Supaya  cafe saya tidak lagi tercemar , maka adalah lebih baik  bagi saya  untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya.

Rujukan : http://zamkata.blogspot.com/2014/11/pegawai-khas-khairy-jamaluddin.html

Jumud. Tak terbuka. Taknak raikan kepelbagaian. Ko dah buka cafe. Customer datang dan pesan makanan kau. Bila dorang complain kau haramkan dorang dari singgah cafe kau. Sapa yang rugi? Kau la. Berlambak2 lagi cafe kat negara neh orang boleh singgah. Kalau masak dah tak sedap tue tetap la tak sedap. Tak kira la ko cafe ke apa ke. Patutnya terima kritikan dengan terbuka dan cari jalan untuk perbaiki rasa dan mutu masakan dari semasa ke semasa.

Lepas neh nanti dia cabar orang rasa masakan dia. Nak buktikan sedap. Padahal dia dah upgrade bagi sedap untuk cover malu. Taktik murahan. Bosan. Sampah.

Tapi bagus juga tindakan si Zeifry tadinya tue. Bagi naik saham cafe milik bekas menteri. Propaganda populis naikkan nama cafe kot. 

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...