Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Februari 2011

4 protokol easy untuk menjana pendapatan online.


Entry neh adalah update dari entry lepas. Dulu pernah gak buat entry pasal neh tapi incomplete. Ketika mula-mula buat entry neh aku taktahu kesahihan fakta yang aku baca menerusi blog orang lain. Namun selepas beberapa bulan mencuba, aku dah tahu dah mana satu yang boleh bagi duit dan mana satu yang tak boleh bagi duit. 

Untuk buat 4 perkara neh korang kena ada blog. Kalau takde blog pun takpe juga. Namun tak semua pendapatan boleh dijana tanpa blog. Lebih baik kalau korang ada blog. Barulah korang leh target cara untuk menjana pendapatan online.

Namun, sebelum buat blog pastikan korang sedar diri kemampuan korang. Kalau takde idea untuk menulis pun takpe. Buatlah blog bergambar. Letak gambar2 yang menarik. Blog mesti lain dari yang lain. 

Pernah tak tengok orang buat blog untuk headline berita hari ini? Maknanya scan berita-berita penting dan masukkan dalam blog untuk tujuan penyimpanan dan fakta. Tak pernah kan? Hah, aku nak buat blog macam tue kelak. Memang ini idea aku tapi sengaja je aku letak kat sini. Sapa-sapa nak ciplak idea aku pun takpe. Idea mungkin boleh diciplak tetapi kreativiti membezakan kita. Heh

Untuk tidak membuang emas [masa] masing2, eloklah aku terus kepada topic utama.

1. Menerusi nuffang.

Aku rasa ramai gila bloggers guna nuffang untuk target income. Memang boleh raih income. Siyes aku cakap. Tetapi aku sendiri tak letak iklan nuffang dalam blog aku. Pendapatan yang diraih menerusi nuffang amatlah sedikit dan lambat. Mungkin sebab aku tiada status glitteri. Atau mungkin juga kerana ketika itu followers aku baru 10 orang. Heh

Namun dari dulu lagi ada sedikit kemusykilan di ahti aku mengenai event nuffang. Malas aku nak cakap kat sini sebab nanti kena cari bukti dan etc lah.. memandangkan entry kali neh citer pasal buat duit so better aku focus on that particular issue dulu. Heh

2. Adverlets.

Adverlets neh aku cedok dari rakan blogger aku. Rakan blogger aku itu adalah sekutu rapat maher zain. Heh. Memang boleh buat duit menggunakan adverlets. 

Pendapatan aku 3 bulan bersama adverlets telah cecah rm??. Aku baru cash out bulan lepas. Belum terima checque. Aku rasa aku tak perlu tunjukkan bukti cashout dan bukti impression yang aku raih setiap bulan. Tidak berbuat demikian bukan bererti aku tipu. Tidak berbuat demikian ialah disebabkan aku taknak korang beria2 benar buat blog untuk cari duit. 

Aku dapati ramai bloggers suka menunjuk2 pendapatan yang mereka raih. Sebenarnya tidak salah. Tetapi kalau dah keterlaluan sangat mungkin itu akan menyebabkan orang lain menulis blog semata-mata nak raih income yang dia dapat tue. Dan mungkin juga disebabkan itu, mereka akan menulis yang bukan2 untuk raih pendapatan lumayan. 

3. Innity.

Innity neh aku baru masuk sebulan lebih. Namun dia dah buat hal dengan aku. Cakap terus terang innity bayar memang tinggi berbanding adverlets. Untuk pertama kalinya aku terkejut baru 4 hari pendapatan aku dah cecah rm50. Namun itu tidak kekal lama. Selepas 3 minggu lebih tiba-tiba innity aku tak memberikan impression. Sedang dalam proses untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

Namun aku dah cash out rm250 pendapatan yang diraih menerusi innity. Belum terima duit. Pendapatan itu aku raih lebih kurang hampir 3 minggu [tak tepat sangat sebenarnya] memasang innity kat blog sebelum tiba-tiba dia tak kira impression aku macam selalu. Masalah neh dah dekat 2 minggu. Biar jelah iklan dia kat blog aku sementara aku bangang2 nak fikir apa problem sebenarnya. Boleh gitu? Heh.

Untuk nuffang korang takley pasang iklan innity dan adverlets dalam blog korang. Nanti dia tak kira income korang. Untuk innity dan adverlets korang leh join venture bagi memaksimumkan pendapatan korang. Untuk nuffang dan adverlets korang tak perlu ada pageview yang ditetapkan every monthly untuk pasang iklan di blog melainkan ada blog je. Walaupun takde blog korang tetap boleh berdaftar di nuffang dan adverlets. Namun untuk innity korang kena ada pageview yang ditetapkan. Pageview untuk innity ialah 100k sebulan dengan 2k ialah unique readers.


Yang neh aku baru je buat. Itupun atas saranan member blogger, milosuam. Adalah dalam 3 hari termasuk lah hari neh. Hasil taktahu macam mana. Tapi churpchurp neh boleh digandingkan dengan nuffang sebab mereka neh dok bawah satu label. Churp2 neh agak menarik sebab tak perlukan blog. Guna facebook pun boleh raih pendapatan online. Salah satu cara guna fungsi note yang ada kat facebook korang. Aku dapati tak ramai yang gunakan fungsi nota neh untuk buat job churp2. Takpe, aku kasi idea tue kat korang. Gunakan note untuk sebarkan promosi dalam churp2. Gunakanlah html untuk letak link. Ada code tapi aku taktahu. Bab2 tue korang kena cari sendiri.

Lagi satu aku nak share. Buat duit guna survey ke, guna klik-klik ke, iklan yang macam google tue tapi nama dia apa yek, aku lupa tue seme tak boleh pakai tue. Tak payah letak kat blog korang. Menyemak. Siyes aku cakap. Tak payah focus banyak2 iklan tapi satu haramjadah pun tak memberikan pendapatan kat korang. 

Dan juga tolong jangan terpedaya dengan omongan kosong bahawa perniagaan di internet tak perlukan modal. Itu semua penipuan semata-mata. Berniaga apa pun kena ada modal. Aku tengok ramai gila yang cuba menipu orang-orang islam untuk mencapai keuntungan segera. Tak suka betul aku.

Dan lagi satu aku nak pesan gak, tak payah suruh orang klik iklan kat blog korang. Ye aku faham korang nak cari duit. Aku pun nak cari duit gak beb. Tambahan pula aku nak menjadi blogger sepenuh masa. Tetapi dok pursue reader klik iklan kat blog korang tue memang kelakar. Ya, ya aku faham. Blog korang, korang punya pasal lah korang nak wat apa kan? Tapi kena fikir gak perasaan orang yang membaca blog korang tue. Macam aku lainlah. Aku mana ada perasaan punya manusia. Aku men spesis langgar dan lari. Heh

Kadangkala aku faham korang memang perlukan duit untuk certain keperluan. Daripada suruh mereka klik iklan better korang cari jalan lain untuk cari income tambahan bagi mengatasi kos kenaikan barang2. Jual lah barang macam aku. Aku nak jual pampers yang boleh pakai semula. Nanti aku tulis pasal tue akan datang.
 
Ameno : Aku dengar says.com dan pixel iklan pun boleh bagi duit. Tapi tak tahu betul ke tak betul... 

Share this

0 Comment to " 4 protokol easy untuk menjana pendapatan online. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...