Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Ogos 2011

Luahan : Bil elektrik melambung - Anda pun sama gak ke?

Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang. Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambung sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh tiga bulan ini.

Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan penghawa dingin dari tujuh jam sehari kepada hanya empat jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba. 

Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini. -MKINI-

Terus terang cakap aku tak kena apa yang dia kena neh. Tapi sejak beberapa bulan neh dah banyak kali aku nampak orang komplain pasal neh kat facebook. Terutama nya sekali kat group saya benci harga barang naik. Neh aku nak kasi suggestion sikit. Apa kata korang tangkap gambar bil sebelum dan bil selepas tukar meter baru. 

Then upload gambar dia kat facebook saya benci harga barang naik bagi tujuan kajian. Tutup larh nama dan address pun takpe. Yang penting bil dan kadar tue jangan ditutup. Mari kita bongkarkan misteri disebalik charge luarbiasa dari TNB neh. 

Bukan apa, sebab TNB dah menafikan benda neh. Dia cakap runggutan tentang meter baru itu adalah tidak benar sama sekali.. so apa lagi, korang kena hadirkan bukti lah. Ada bukti baru leh cakap beb. Okey.

Ameno : Kalau banding dengan bil elektrik najib, tue kira murah larh tue.. kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...