Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Mei 2011

Tutorial : Kenali commentluv untuk menambahkan traffic blog anda!

Tadi aku ada ajar pasal dofollow kan? Aku harap korang faham menda tue. Kalau tak faham tue takpe. Jadikan je belog korang dari nofollow to dofollow dulu. Benda neh memerlukan pemahaman yang rumit [pandai2 aku je] untuk menjadikan belog kita senang di indeks dan menaikkan PR [pagerank] masing-masing. PR aku sekarang 0. Kenapa 0? Sebab tak pandai main SEO. SEO inilah kunci penting untuk ;

1. Menambahkan pendapatan iklan kita. Samada churp2, says, nuffnang, innity ataupun advertlets [neh yang aku pakai lah yang aku tak register aku tak tulis sini sebab aku taktahu keberkesanan benda2 tue lagi]

2. Menaikkan PR [pagerank] belog kita. [nanti aku ajar pasal neh pula]

3. Meningkatkan traffic belog kita.

4. Menambahkan unik visitor ke belog kita.

5. Sekaligus menaikkan nama belog kita untuk lebih dikenali.

Jadi korang kenalah pandai jadikan belog korang sebagai mesra SEO. Untuk wordpress aku rasa bukan isu bagi mereka sebab wordpress self-hosted memang mesra SEO. Tapi kalaupun banyak unique visitor tetapi bukanlah visitor yang disasarkan pun tak guna juga, Aku pernah layan wordpress self-hosted apa. Aku tahu lah. Baca sini pasal tue.

Tipsi kedua untuk memesrakan belog korang dengan SEO ialah commentluv. Benda neh memang complicated sket. Sebab tue takley aku nak ajar secara terus. Takpe. Kita buat satu persatu dulu. Mula-mula korang kena ;

1. Daftar akaun commentluv. Klik sini.

2. Ikut lah step dia. Dari verification sampailah ke masukkan url blog dan rss korang.

0key bila korang dah daftar commentluv tue bermaksud kemana-mana korang pergi dan komen kat commentbox yang ada commentluv dia automatik akan detect belog korang. Contohnya macam kat bawah neh..


So ini bagus untuk tingkatkan traffic belog korang. Benda neh lah yang kita namakan as backlink. Tapi mendaftar commentluv hanya boleh membuatkan link kita muncul di belog orang. Tapi belog kita masih belum begitu best untuk dikomen sebab kita tak bagi orang lain tinggalkan link mereka. Itulah sebab kita perlu install commentluv dalam belog kita terlebih dahulu. Tapi benda neh rumit. Tak boleh kita buat sekali harung. Sebab apa cara nak pasang commentluv kat blogspot neh rumit.

Aku dah terai dah tadi. Failed beb. Aku cuba banyak kali. Tetapi tetap gagal sampaikan aku nak hempas orang yang buat tutorial tue. Mana tak nya.. tutorial dia sama dengan apa yang ada dalam intensedebate. Apa yang diterangkan oleh intensedebate tak difahami aku. Langkah dia mampos bila dia cakap copy dan paste semula. Copy dah copy. Nak paste kat mana hala? Nak paste balik kat template ke apa ke? So sampai situ step dia dah mampos. Aku dah cuba macam2 alternatif tapi nampaknya tak berjaya pula aku selongkar lagi macam mana nak mengaktifkan commentluv kat belog neh. [Actually aku terai belog lain tadi]. So aku terpaksa hold dulu kejadah neh.

Tujuan aku suruh korang mendaftar commentluv neh ialah walaupun kita [pengguna blogspot] tak dapat meletakkan commentluv di belog ini [merujuk kepada diri aku] tetapi kita tetap boleh komen di belog yang ada commentluv dan sekaligus meninggalkan jejak [backlink] kita di belog orang lain. Kalau sesiapa perasan entry kita di belog orang lain maybe mereka berminat nak klik dan masuk belog kita. Ini kasi up kita punya traffic dan impression. So register lah. Jangan segan2. Bukan kena bayar pun macam email 1malaysia tue. Heh.

Selain dari commentluv ada satu benda yang boleh tinggalkan backlink juga. Nama benda neh ialah disqus. Fungsi lebih kurang macam commentluv. Lepas korang dah daftar dan isikan belog korang dalam tue. Maka korang leh komen kat belog2 lain gunakan id tersebut. Itupun kalau belog tue ada lah menggunakan benda alah neh kat dalam belog dorang. Daripada survey aku di internet aku dapati dorang banyak guna intensedebate with commentluv. 


Tapi kalau korang nak gunakan untuk belog korang pun takpe. Benda neh untuk semua platform blog termasuklah wordpress. Kalau belog korang kurang komen mungkin okey guna neh. Tapi kalau belog korang banyak komen maka korang kena lalui banyak proses. Nak pindahkan komen dulu barulah boleh letak widget neh dalam blogspot. Sebab apa benda neh tidak akan memaparkan komen2 lama di dalam belog korang kalau korang install widget neh dalam belog korang.  Tapi lepas letak widget neh memang berbaloi2lah dapat buat backlink. 

So disini lah kekurangan disqus yang menyebabkan ramai orang lebih suka guna intensedebate. Sebab intensedebate tak melenyapkan komen lama korang. Tapi disqus neh dia kasi lenyap [hide] kalau korang letak kat belog korang tanpa import comment lama terlebih dahulu yang jelas makan masa bagi aku yang banyak komen kat dalam belog neh. Beza ketara sangat antara disqus dan intensedebate ialah ;

1. intensedebate bagi option kepada kita untuk apply [kemaskini] fungsi baru untuk entry post yang terbaru. 

2. Disqus tak bagi option tue kepada kita. Kalau dia ada buat option tue, tak payah aku susah2 nak kaji lagi macam mana nak letak commentluv kat dalam belog neh weh.. baik aku guna disqus je terus.

Dan benda yang paling simple sekali yang korang leh buat untuk tinggalkan backlink ialah 
ini;

1. Salin code di bawah. Simpan kat notepad korang sebagai persediaan.

New entry <a href="url entry terbaru korang disini">"tajuk entry korang"</a>

2. Setiap kali korang komen kat mana-mana belog, korang paste je code neh selepas komen. Tulisan warna biru tue korang kena ganti lah yer ;

- url entry = alamat post terbaru korang.

- tajuk entry = tajuk entry korang lah.

3. So ini cara manual. Memang menyusahkan asyik nak copypaste je. Nak buat macam mana, bukan seme belog sediakan kotak untuk backlink betul tak? Contohnya cam belog neh. Walaupun aku nak provide pun tak boleh pasal gagal menemui cara untul install benda neh kat dalam belog aku buat masakini. Heh.

Lagi satu agak2 kalau guna anom tue aku cadangkan tak yah lah tinggalkan backlink korang. Bukan apa, korang kan nak ber-rahsia segala bagai, so kalau tinggalkan link belog korang sama gak kita orang tahu juga nanti korang tue sapa melainkan korang tinggalkan link belog orang lain. Heh.

Contoh masukkkan link secara manual ;


Nota : Kesemua info neh aku cedok dari pelbagai blog. Aku baca, fahamkan dan tulis balik. Dorang punya berentry-entry tapi pasal aku terkenal suka tulis panjang2 so aku berjayalah jadikan ia satu entry je. Jenuh lah korang baca ye. Heh.

Nota : Semua teknik SEO ini perlu digunakan. Tiada kecuali2. Ada banyak. Aku akan discover dan terangkan satu persatu kat sini kelak. Makan masa. Kena rajin telaah dan mengodek2 blog orang lain. Agak2 kalau korang nak blog korang meletup dalam satu hari aku cadangkan korang berbogel je dalam belog sendiri dan bagitau aku. Tahu lah aku meletupkan belog korang tanpa teknik SEO pun ramai lah orang akan berpusu2 masuk ke belog korang. Heh.

Ameno : Arhh aku dah penat dah.. camne nak update pasal politik neh?

Share this

11 Responses to " Tutorial : Kenali commentluv untuk menambahkan traffic blog anda! "

  1. Dah lama dah.. sila tgk entry dulu2.. blog neh macam2 ada..

    BalasPadam
  2. test

    New entry "tajuk entry korang"

    Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/05/tutorial-kenali-commentluv-untuk.html#ixzz1LaPo6h63

    BalasPadam
  3. fuhh menjadi siot.. kah kah kah layanzzz...

    BalasPadam
  4. AMENO.. PADE GUA SENANG JEW NAK TRAFIK JEM KAN BELOG LU.. MASUK TB 3 SUKU DGN UTUSAN MELOYE.. GERENTI PEMES NAK MAMPOS BELOG LU NIE NANTI BEB.. kah kah kah.. selamat mencube utk mentrapikjemkan belog anda! hehe

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...