Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Mei 2011

Mufti perlis : Pengkhianat jika halang penyatuan pas-umno!



Arhh sudah. Tak pasal-pasal aku dapat gelaran pengkhianat. Errr jap. Nanti dulu. Gelaran neh tidak asing pun bagi aku. Memang selalu ditujukan kepada aku pun selama neh. Setakat sorang manusia menambahkan lagi gelaran neh kepada aku apa nak diherankan pula ye tak? Baca bawah ;


KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.
“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau(gambar) kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.
Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”
“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.
Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.
Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.
Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.
“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.
“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.
“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.
“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Aku malas nak bidas orang yang arif ilmu agama neh. Bagi aku kalau dia nak cakap aku pengkhianat, cakap je lah. Apa ada aku kesah pasal memang aku menentang sekeras-kerasnya penyatuan pas-umno. Mati lagi baik dari melihat pas-umno bersatu selagi ini sikap [rasuah, menyeleweng, fitnah] yang umno amalkan.

Tapi aku agak bengang bilamana mufti perlis cakap menghalang penyatuan pas-umno ialah pengkhianat islam. Dan dia cakap berdasarkan nas Alquran. Alamak bhai.. tolonglah jangan cedok separuh-separuh. Kalau pasal satu menyatu aku pun bukan kesah sangat. Tapi nak menyatu pun perlu tengok kepada parti juga. Agak-agaklah nak suruh bersatu dengan parti sekular pula buat apa? Di bandingkan fatah dan hamas pula tue. 

Fatah dan hamas berbaik atas usahasama mesir. Rejim zalim di mesir dah ditumbangkan. Rejim zalim di malaysia masih wujud lagi.Itupun bukan-nya bersatu. Cuma berbaik-baik. Habis tue situasi pas-umno sekarang neh tak berbaik-baik ke? Kalau orang umno buat kenduri, orang pas tak pergi makan ke? Kalau orang pas jadi imam orang umno tak jadi makmum ke? Takde kan? Semua hal sama je kan. Aku rasa semua kebanyakkan tempat sama situasi kat tempat aku. Betul tak? Umno ke pas ke pkr ke masing2 kalau nak hantar anak mengaji hantar juga ke guru pro pas ye tak? 

So sekarang neh memang lah pas dan umno memang berbaik-baik. Mana ada kami bermusuh-musuh. Apa yang dibuat sekarang neh ialah menentang dasar umno. Bukan nya menentang individu dalam umno. Takan tak faham bila kita cakap kita tentang dasar. Dasar sekular yang diamalkan oleh umno ini kita tentang sebab dasar ini menentang islam. Dasar sekular kalau disokong bererti kita mengkhianati islam. Aik.. mufti perlis tak nampak ke perkara pokok yang menyebabkan pas tidak mahu bergabung dengan umno? Takan benda simple macam neh mufti perlis boleh tak perasan sampai nak memaksa2 pas bersatu dengan umno pula?

Lagipun normal lah pandangan berbeza2 dalam parti politik. Bukan di malaysia je. Satu dunia juga begitu. Takanlah berbeza-beza pandangan dalam politik menyebabkan pas menjadi pengkhianat islam? Arhhh sudah. Ini diktaktor punya sikap. Sikap neh yang perlu diperangi. Ini negara demokrasi. Masing2 berhak lah nak buat apa2 parti pun. Dan masing2 berhak juga nak duduk dengan sapa, kahwin dengan sapa, cerai dengan sapa, bercinta dengan sapa, break dengan sapa, pakai baju apa dan sebagainya. So tindakan mufti perlis neh macam nak memaksa-maksa pas pula untuk bersatu dengan umno. 

Apa hak yang mufti perlis ada untuk paksa pas gabung dengan umno? Apa hak dia? Aku tengah fikir apa hak dia sekarang neh. Memaksa orang lain untuk buat perkara berdasarkan kepada kehendak dia ada atau tiada dalam Alquran. Cuba jawab sket mufti perlis. Lepas tue jawab pula apa hukumnya bergabung dengan parti yang menentang islam dengan darah mereka tetapi dengan cara sorok-sorok semata-semata tidak mahu diketahui oleh orang awam. Kalau berani jawab. Kalau tak berani baik berhenti merepek dan melalut. Mengklasifikasikan pas sebagai pengkhianat islam kerana tidak mahu bergabung dengan umno membuktikan si pengklasifikaser itu membuat tuduhan melulu. 

Jika ada bukti yang boleh menyokong tuduhan itu sila lampirkan disini. Memegang title mufti bukanlah mudah. Oleh itu jangan pula mudah menuduh orang islam sebagai pengkhianat islam kalau tak kenal siapa mereka. Apatah lagi pihak yang dituduh sebagai pengkhianat islam itulah yang sering memperjuangkan islam berbanding di pihak yang tidak dituduh itu. Bagi membuktikan pas di pihak yang sanggup melakukan apa sahaja demi menguatkan daulah islam di malaysia, maka suruhlah umno gubal semula undang2 agar berpaksi kepada Alquran. Tak payah mufti cakap, kami dulu ajak umno bergabung. Amacam? Ada berani?


Share this

1 Response to " Mufti perlis : Pengkhianat jika halang penyatuan pas-umno! "

  1. sajela nak nak tanya ameno.. kalau najib jadi imam sudi tak jadi makmum? kalau rahim thambi chik jadi penyembelih ayam sudi tak nak makan? sje je nak tanya..

    Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia

    ron 95 turun 50 sen,ron 97 naik 20 sen

    Ada apa dengan dara

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...