Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 November 2014

Rafizi Dedahkan Penipuan Ahmad Maslan Dalam Isu Hutang 1MDB.

Wow.
Rafizi telah mendedahkan penipuan Ahmad Maslan isu berkenaan hutang 1MDB. Menurut Ahmad Maslan, hutang2 tersebut tiada kaitan dengan kerajaan. Tapi yang didedahkan oleh Rafizi adalah berbeza dari apa yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan.
Baca betul2 dan kita minta menteri jawab. Betul ka fitnah ka pendedahan Rafizi kali neh.
Saya difahamkan bahawa akhbar kewangan The Edge telah pun menyiarkan surat sokongan Kerajaan Malaysia kepada pemegang-pemegang bon hutang 1MDB. Bersama-sama ini saya edarkan mukasurat penting dari perjanjian hutang 1MDB itu seperti berikut:
1. Muka depan perjanjian yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia terbabit memberi Surat Sokongan dalam penerbitan hutang berjumlah USD$3 bilion oleh 1MDB yang diatur oleh Goldman Sachs International
GSI-page1
2. Mukasurat 2 – mengesahkan bahawa terma Surat Sokongan turut dimuatkan di dalam perjanjian
GSI-page2
3. Mukasurat 19 dan 20 – menjelaskan apa tanggungjawab Kerajaan Malaysia mengikut terma Surat Sokongan dan bagaimana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Kerajaan Malaysia
GSI-page19
4. Mukasurat 70 – mengesahkan status Surat Sokongan dan kedudukannya berbanding hutang-hutang Kerajaan Malaysia yang lain
5. Mukasurat 86 hingga 88 – Surat Sokongan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan disiarkan oleh The Edge
Saya meneliti kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Ahmad Maslan yang cuba untuk bersembunyi di sebalik perkara teknikal selepas saya mengancam untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan kerana boleh dikira berbohong kepada Dewan Rakyat. Kenyataan ringkas itu mengaku bahawa Kerajaan Malaysia ada mengeluarkan Surat Sokongan tetapi beliau tetap menafikan kononnya Surat Sokongan itu bukanlah satu jaminan.
Untuk menentukan sama ada terma Surat Sokongan yang dikeluarkan itu mempunyai makna dan kesan yang sama sebagai satu jaminan Kerajaan Malaysia, saya rujuk kepada perenggan-perenggan berikut:
1. Mukasurat 20, perenggan 2 – secara jelas dinyatakan bahawa sekiranya Kerajaan Malaysia gagal membuat bayaran seperti yang terkandung di dalam Surat Sokongan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kerajaan Malaysia di Mahkamah England. Apabila keputusan terhadap Kerajaan Malaysia telah dikeluarkan oleh Mahkamah England, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan dan perlu mengikuti perintah membayar yang dikeluarkan oleh mahkamah itu.
2. Mukasurat 20, perenggan 3 dan 4 – secara jelas menyatakan bahawa apabila keputusan telah dibuat oleh Mahkamah England, keputusan terhadap Kerajaan Malaysia itu boleh didaftarkan di Mahkamah Malaysia untuk diambil tindakan.
GSI-page20
3. Mukasurat 70, perkara 3 – secara jelas mengakui bahawa tanggungjawab Kerajaan Malaysia bersabit hutang yang diperakui di dalam Surat Sokongan adalah sama atau lebih tinggi dari tanggungjawab hutang Kerajaan Malaysia yang lain
GSI-page70
Mengambil kira perkara-perkara ini yang telah jelas terkandung di dalam Surat Sokongan, bolehlah disimpulkan bahawa tanggungjawab Kerajaan Malaysia adalah untuk menanggung hutang 1MDB ini sekiranya ia tidak mampu dilangsaikan.
Ini samalah dengan makna dan kesannya jika Kerajaan Malaysia menjamin hutang ini seperti biasa. Bezanya, jaminan hutang Kerajaan Malaysia perlu dilaporkan kepada Dewan Rakyat dan disebut di dalam Penyata Kewangan Kerajaan, sedangkan jaminan yang disembunyikan melalui Surat Sokongan seperti ini tidak perlu dilaporkan.
Saya masih beranggapan Timbalan Menteri terbabit cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan beliau dan akan tetap memfailkan usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
10 November 2014
Untuk membaca kandungan penuh perjanjian tersebut rujuk sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...