Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 11 September 2016

Sedihnya Berhari Raya Ketika Kerajaan Mengabaikan Masalah Kami - Luahan Pilu Masyarakat Yang Dipinggirkan..





Dan dia menyuarakan masalah ;

Sedang aku merehatkan diri di rumah, ada pula perkhabaran buruk lagi yang aku terima. Malang sungguh, sedih melihat keadaan begini. Setiap kali musim hujan, inilah keadaan yang menyedihkan & membahayakan nyawa warga kampung Sri Menanti terutama golongan tua & kanak kanak.

Warga kampung mula dihantui rasa ngeri, kehampaan, jalan dan rumah berlumpur akibat banjir, kerosakan harta benda dan lain lain. Ke mana semua ahli politik pemerintah pergi? Adakah mereka buta? Bermacam janji yang tidak dikotakan. Habis rakyat disunat, di potong potong, di cincang cincang selepas pilihanraya.

Sewaktu Benz ikut aku balik Sabah, dia terkejut ada kolam besar di tengah tengah jalan masuk kampung tu. Janganlah cerita tentang sistem perparitan, jalanraya saja tidak pernah diturap. Inikan pula mahu membuat longkang agar perjalanan air menjadi lancar.

Kampung ini menjadi bukti bahawa, ahli politik & kerajaan tidak pernah berlaku adil & menjalankan amanah mereka. Manifesto pilihanraya dari mereka hanyalah retorik untuk kelangsungan karier politik mereka.

*esok kau sambut hari raya aidiladha bersama teman, mereka pula bertemankan lumpur.

--------

1. Betul kata-katanya.

2. Tak lalu juga teman nak mengadap banjir tiap2 bulan. 

3. Selain menyukarkan pergerakan, aset penghuni rumah pun pasti ada yang terjejas. Lebih2 lagi tanaman dan binatang ternakan. Tanah lumpur, lembik. 

4. Situasi neh sebenarnya tak asing bagi yang tinggal di kampung2, pekan kecil. Sistem perparitan memang teruk gila. Kronik. Dan anehnya orang2 kampung juga rajin tabur undi ke BN. Tak faham aku kenapa. Terang2 BN hanya majukan pusat bandar, utamakan naiktaraf fasiliti bandar2 besar sehingga mengabaikan kawasan kampung2. Kemajuan sah2 berat sebelah. 

5. Kalau kerajaan ada duit dorang lagi sanggup bina menara, tugu dari bantu ko semua. 

Fikir2kanlah. Patut ke tak patut nak pangkah BN lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...