Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 September 2016

Dan Kanak-Kanak Yang Ramai Itu Bertanya Kenapa Jamal Yunos Mengatakan Maria Anjing Di Buletin Utama TV3.

Hmmm.

Aku tahu bahayanya dan kesan negatif peranan media & hiburan terhadap pemikiran kanak-kanak. Sebab tu apabila sesetengah negara mengharamkan iklan fastfood di media arus perdana, aku memahaminya kenapa. Minda kanak2 neh berbeza dari minda kita disebabkan perbezaan usia. Mereka boleh terpengaruh dengan cepat disebabkan belum matang dan tidak memahami lagi kehidupan ini bagaimana. Sewaktu kita di alam kanak2 kita juga seperti mereka. 

Malam tadi, biasalah malam raya, lepak-lepak dengan budak ramai-ramai mereka seronokla bercuti seminggu. Raya korban. Raya cuti. Semua pun raya-raya. Sambil melepak sambil melayan berita. Kebetulannya dipasang TV3. Jadi awak pun layankan aje. Babak Zahid kata tak tahu menahu cadangan Noh Omar buat aku terfikir. TPM tengah tembak dia ke. Muka seriyus semacam je. Noh Omar pula pertahankan diri kata isu faedah boleh diselaraskan. Rupa2nya malaon tu sedaq dirila cadangan dia tu cadangan superbangang. Lainkali kaji bagi habis kemudiannya baru umum. Bodoh. Cadangan separuh masak masih dalam rangka kajian gatai pi umum kat media buat apa. Bajet nak jadi hero last2 zero. Dalam berita yang sama, ada terpacul muka si Jamal.  

Buletin Utama melaporkan kenyataan Jamal Yunos pada semalam ; 

1. BERSIH 5 perlu segera umumkan tarikh perhimpunan.  Lokasi, masa, dan semuanya secepat mungkin kepada publik

2. Ini perlu kerana Jamal dan NGO2 seluruh Malaysia akan mengadakan satu perhimpunan GERAKAN MERAH bagi melawan GERAKAN KUNING. 

3. 300K ialah jumlah yang bakal hadir. Dari semua jenis kaum. Melayu, cina, india, iban dan sebagainya. Untuk bertembung dengan BERSIH 5. 

4. Jamal Yunos tidak racist. Sahabat cinanya tah nama ape aku lupa, ingat Yeak je kat hujung nama juga masuk berita semalam. Dorang buat babak makan nasi lemak bersama Jamal, bukti dia tidak racist. (masa neh aku tertanya2 dalam ahti. Ya Allah Ya Tuhanku. Kenapala dorang neh bengap sangat) 

5. Sahabatnya itu juga mengatakan betapa baiknya ahti Jamal kerana pernah menolong dua orang nelayan cina yang telah ditahan. Jamal bawa dia ke Indonesia (atau kedutaan Indonesia) bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu Jamal tidak racist. Lalu mereka makan nasi lemak beramai2. 

Aku nak je tunjuk video tu kat korang dan juga sebagai reference aku dalam penulisan neh tetapi TONTON tak upload pun berita semalam. So tak dapatla korang tertawakan propaganda bodoh dia tu

6. Jamal semalam turut menyebut Maria Chin sebagai "Hanjing". Dan ianya tiada tapisan oleh TV3. Dorang siarkan penuh kata2 kesat Jamal kepada Maria Chin

7. Fine. Tahu je BU tu laporan pro kerajaan. Berita propaganda. Berat sebelah. Bias. Media tak adil. Tapi rasanya ko tak perlu pun siarkan laporan maki2 tu disebabkan ko media arus perdana. Di mana2 boleh diakses tanpa kawalan dan had. Bukan macam blog. Bukan macam media alternatif. Laporan versi siaran kan tak sama seperti pembacaan. 

8. Pada tahun 2013, seorang remaja umur 15 tahun email aku. Dia bagitau dia mengikuti blog aku. Bahkan blog2 politik yang lain juga. Dia suka peduli tentang isu2 politik. Aku, bila budak bagitau dia follow blog aku, aku start ahti2 dengan pemilihan bahasa. Aku berhenti maki hamun walaupun kadang geram terlepas juga. Tapi bila aku teringat mungkin ada budak2 baca blog neh aku akan edit ayat aku. Yang terlepas tu kes aku terlupa. Maafkanlah kita yew.

Kahkahkahkah! 

9. Jadi pemblog pun kena waspada. Meskipun kebarangkalian budak2 baca blog politik adalah bermargin kecil bukan bermaksud tak ada langsung. Aku taknak promote budaya maki hamun pemimpin baybee dan sewaktu dengannya apart of perjuangan. Aku bukan moralis, pun begitu aku taknak juga pengaruh atau galakkan orang maki hamun. Jadi sikap aku tu aku kena muhasabah juga. 

10. Cerita bermula apabila budak2 dalam rumah tu dengar si Jamal HANJINGKAN Maria Chin. Kenapa dia cakap anjing. Apesal dia maki2. Kenapa bapuk tu mengamok (salah seorang kanak2 tu ingat Jamal bapok disebabkan suara dia). Ada lah 3,4 persoalan yang diajukan. Ini senario yang tak patut berlaku. Berita pun kena ada kod etika. Bukan patut lepaskan aje content atas nama politik dan propaganda

11. Aku tak menjawab pun soalan budak2 tapi aku jadi macam bengang. Jadila ini la pembawakan negatifnya. Berita lapor liwat sana liwat sini sampai budak2 pun ahhh dorang terbiasa dengan perkataan liwat. Media dan pengaruh mereka tu.

12. Media promosi pula hak maki hamun orang menerusi saluran berita perdana. Entah hape ntah pengaruh dan peranan yang kita cuba nak sanpaikan. Aku pun tak tatau la Tv3 neh. Rosak. Aku tahu dorang nak politik. Tapi ada had kita kena jaga sama. 

Kenapa ya TV3 promosikan Jamal? Tau tak dia ada masalah intergriti. Jamal Yunos baru2 neh dikecam hebat berikutan isu pemberian wang tajaan. Isu tersebut jadi kontroversi sebab Jamal bangang-bangang pergi kantoikan diri dia depan orang ramai. Bajet bangga padahal bangang.

Kes bermula ;

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos akan menawarkan RM1000 untuk setiap perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian selepas tidak dapat menunaikan janjinya menaja mereka lawatan ke Dubai. 

Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal. 

“Lima bulan lalu, saya berjanji kepada pemimpin bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa (Sungai Besar) untuk membawa mereka bercuti ke Dubai sebelum pilihan raya umum akan datang. 

“Namun, oleh kerana hanya 81 daripada 115 pemimpin bahagian yang boleh menyertainya, saya mengambil keputusan batal lawatan itu. (rujukan : Free Malaysia Today)

----


600 perwakilan? Nak bagi sorang 1,000? Itu bermaksud 600 ratus ribu. Lebih setengah juta. Dan Jamal neh kerja apa? Buat bisnes pun rugi. Takdan nak fikir mane malaon tu ada banyak wang, dia laju2 bagi alasan. 

Derma aka wang sumbangan tu tajaan syarikat, korporat. Pada awalnya nak support bajet ke Dubai tetapi disebabkan ada yang tak dapat pergi maka rancangan cancel. Serah wang kepada perwakilan je. Pelik. Syarikat korporat ape nak belanja pada parti tanpa tujuan? Percaya ke korang? Aku haram le.

Ada pengakuan terima tajaan, belanja tajaan dan ada kaitan pula tu dengan PRK yang lepas. Dan SPRM memang tak buat apa-apa. Masa PRK lepas, ada spekulasi yang mengatakan Jamal dibayar lumayan untuk halang sabotaj. Adakah Jamal dah terima bayaran tersebut? 

Adakah pemberian 1000 kepada perwakilan merupakan suatu ugutan halus bagi mendapatkan baki bayaran tertunggak yang dijanjikan kepada kita?? Ahhh aku tanya je. Bukannya menuduh. Sebab macam mana pun agak bodoh juga sebenarnya bila declare kita nak bagi sorang seribu. Ya, bodoh

Dia ada masalah guna roadtax motor atas kereta. Didedahkan UMNO BTR, Zahrain. Ada orang kuat dibelakangnya walaupun isu tu viral no action be taken beb. Dia bergaduh dengan Ali Tinju. Isu habuan kena sebat. Punya teruk moral dia. Teruk. Ini yang TV3, UMNO nak angkat sebagai hero? Watak utama drama politik korang malam-malam? UMNO neh dah takde pelapis yang berwibawa sangat ke macam mana? HANCUR!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...