Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 April 2015

Inilah Bukti Bagaimana ISA Boleh Menyusahkan Hidup Rakyat Angkara Difitnah.

Kurang ajar betul la. Jika aku yang kena mesti dah mengigil tahan kemarahan. Ditambah dengan rasa sakit ahti kerana ditindas. Adakah PDRM mempunyai hak menfitnah orang dan kemudiannya berlepas diri dari perbuatan tersebut kerana mempunyai mahkamah yang melindungi tindakan mereka? Adakah ini adil?

Apa yang berlaku?

1. Pada tahun 2008, Teresa Kok telah ditahan polis.

2. Tanpa perintah waran tangkap.

3. Yang mana kemudiannya didapati ditahan dibawah akta ISA.

4. Sebab penahanan kononnya Teresa Kok meminta agar laungan azan diperlahankan. Ia membabitkan 3 masjid di kawasan Sri Serdang, Kota Damansara dan Punchong.




5. Akan tetapi rupa-rupanya tuduhan tersebut adalah fitnah.

6. Bahkan AJK Kota Damansara siap kata yang sebenarnya apa yang terjadi ialah pembesar suara mereka rosak. Teresa atau sesiapa tidak pernah meminta masjid memperlahankan azan pun. Tuduhan di Sri Serdang dan Puchong juga gagal dibuktikan.

7. Kemudiannya Teresa dibebaskan. Kerana tiada kes.

 8. Tetapi Teresa sakit ahti kerana difitnah. Satu hal lain, ditangkap pula. Dilaporkan secara berleluasa juga. Dia mungkin terkesan dari segi emosi.

9. Lalu mengambil pendekatan menyaman kerajaan dan beberapa pihak yang bertanggungjawab disebalik penahanannya.




10. Tetapi apa yang berlaku seperti menikam Teresa di tempat yang sudah luka sekali lagi.

11. Hak Teresa yang difitnah sewenang2nya bukan sahaja gagal dipertahankan, bahkan Teresa bertanggungjawab untuk membayar 50,000 kerana kalah dalam tuntutan tersebut.

12. Teresa berhak ditahan dibawah ISA kata mahkamah. Ianya selaras dengan undang-undang. Dan mahkamah tiada hak untuk mencabar penahanan tersebut. 




Tapi, laporan ke atas Teresa adalah fitnah.
Ditangkap juga atas sebab difitnah.
Kalah saman pun kerana difitnah.

Woahhhhh...

Buat salah pun boleh tegak berdiri dan berbangga lagi kerajaan kau neh ek. Siap dipertahankan lagi melalui kuasa mahkamah. Itu pada Teresa wakil rakyat. Kalau aku yang kena??? Atau kau? Silap2 mati kita dalam penjara walaupun hakikatnya kita difitnah???

Aku tak faham PDRM neh. Ko nak tangkap orang ke apa ke. Ko tak siasat dulu ke. Adakah A buat laporan, PDRM terus tangkap??? Sebab ianya isu politik??? Yang bersepah2 kena tipu online kat internet takde pula beria2 tangkap walau orang siap report dengan bukti dan saksi sekali???? Sebab bukan cerita politik????

Ini baru cerita ISA. Belum masuk bab SOSMA dan POTA lagi. Haru kita semua woi.







Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...