Jumaat, 6 Oktober 2017

'Revolusi Habib' Dakwa Azmin Ali Berbohong, Pampasan Hanya 5K Sahaja..

Tular di laman sosial satu penulisan dari krew Revolusi Habib yang agak berang dengan kerajaan negeri Selangor atas isu dua pegawai masjid yang dihalau sehelai sepinggang tanpa pampasan dan pembelaan yang sewajarnya.

Hanya selepas ia menjadi kecoh di laman sosial dan dikecam bertubi-tubi oleh pelbagai pihak, kerajaan negeri Selangor kemudiannya mengeluarkan kenyataan segera bagi menangkis serangan bahawanya mereka akan;

1. Menyediakan rumah PPR dengan 6 bulan bayaran sewa ditanggung oleh kerajaan negeri sepenuhnya.

2. Tawaran pembelian dua unit tersebut kemudiannya akan dibuka kepada penyewa-penyewa unit itu selepas tempoh 6 bulan penyewaan berakhir.

Selepas sehari insiden berlalu, pihak kami dihubungi oleh seseorang yang menceritakan tentang kondisi rumah tersebut dan agak sedih kerana kerajaan negeri sanggup 'membunuh' penyokong sendiri. Kami tidak akan menyiarkan perbualan tersebut disini kerana ia adalah luahan peribadi beliau kepada pihak kami.

Bagaimanapun tinjauan yang kami lakukan di sosial media mengesahkan luahan yang pernah dibuat kepada pihak kami.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pihak yang kami kesan menyebarkan penulisan dibawah ini yang ujar mereka adalah fakta kes berkaitan insiden perobohan tersebut.

Setelah disiasat kami berjaya mendapatkan sumber asal penulisan tersebut dan kami siarkan dibawah untuk perhatian dan respon dari pihak kerajaan negeri;

Oleh : Revolusi Habib

Azmin Ali berbohong, tidak pernah arah PBT Pejabat Tanah Untuk Hentikan Perobohan & Pengusiran Kita dikejutkan dengan operasi pembantaian ke atas golongan peneroka bandar beberapa hari kebelakangan ini. 

Bermula dengan perobohan rumah di Kajang dalam kawasan Wan Azizah hingga ke perobohan rumah di Subang kawasan Sivarasa. Kedua-dua kawasan ini adalah dalam jajahan ADUN PKR. Kedua-dua mereka juga merupakan pemimpin tertinggi parti iaitu Wan Azizah sebagai Presiden PKR manakala Sivarasah sebagai Naib Presiden. 

Apa yang mengejutkan kita ialah, berbeza dengan zaman Khalid Ibrahim, mahupun zaman Khir Toyo, Perobohan dan pengusiran kali ini tidak diberikan sebarang pampasan. 

Adapun selepas didesak selama setahun, Kerajaan Negeri hanya bersetuju membayar RM 5OOO sahaja kepada pemilik rumah itupun secara ansuran bulanan setiap bulan RM 3OO hingga mencapai ke 5OOO. Berikut adalah fakta kes bagi menjawab kenyataan media MB selangor dan PKR berkenaan dengan tuduhan mereka kepada penduduk dan Parti Sosialis Malaysia yang turun bersama sejak hari 1 usaha pengusiran dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan Selangor. 

1. TANAH MILIK SWASTA/PERSEKUTUAN, KERAJAAN NEGERI TIADA KUASA. 

- Inilah alasan pertama dilontarkan oleh para blogger dan pemimpin parti PKR serta PH apabila kita menyentuh isu pengusiran ini di pejabat MB sejak tahun 2O16. 

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, jadual 9 senarai kedua, kuasa segala tanah didalam negeri adalah dibawah kuasa negeri melalui Pejabat Tanah Negeri. Adapun Pejabat Tanah Persekutuan boleh memohon kepada negeri untuk mengusir dan merobohkan, itu hanya terpakai jika "wujud" persetujuan oleh Kerajaan Negeri. 

Dengan jelas disini, kerajaan persekutuan tidak boleh buat apa-apa pun ke atas penduduk melainkan dengan persetujuan atau "kawtim" dengan kerajaan negeri. 

Kalaupun milik swasta, Kerajaan Negeri lebih berkuasa untuk menghentikan perobohan dan pengusiran kerana bila-bila masa tanah itu boleh diambil dan dperintah-bekukan demi kepentingan awam, ataupun memerintahkan syarikat swasta membayar pampasan sewajarnya sebelum projek boleh dilaksanakan. Ini pernah dilakukan oleh bekas MB Tan Sri Khalid ketika beliau menjadi MB Selangor. 

Tidak ada satu protes pun di zaman Khalid Ibrahim ketika wujud perobohan dan pengusiran kerana semua pihak berpuas hati dengan pampasan dan penempatan yang menyebelahi rakyat peneroka. 

2. AKHIRNYA PENIPUAN MB MENGENAI "TIADA KUASA" KE ATAS PEJABAT TANAH DAN PBT TERJAWAB SELEPAS RUMAH DIROBOHKAN. 

Selepas setengah jam rumah berjaya dirobohkan, akhirnya difahamkan oleh pemimpin AMANAH bahawa MB angkat telefon dan mengatakan sudah keluarkan arahan untuk hentikan perobohan. So sekarang? sudah "ada kuasa" arah henti robohkan? Kenapa selama setahun ini kata kepada rakyat yang kamu "tiada kuasa" arah pejabat tanah henti robohkan? Jelas Azmin ada hubungan dengan pemaju untuk halau penduduk disitu. 

3. Setiausaha Agung PSM telah bercakap dengan Pegawai Khas MB Suhaimi Shafie tanya MB untuk arahan hentikan pengusiran. 

- Jawapan oleh YB Suhaimi ialah MB tidak mahu keluarkan arahan itu dan dia juga tidak boleh buat apa-apa. 

- Bermakna Azmin memang berniat mahu meneruskan perobohan dan mengusir penduduk. 

4. Rumah dibina oleh pihak masjid dan pekerja MAS. Untuk pengetahuan, penduduk didalam kedua-dua rumah ini adalah antara pengasas masjid berkenaan sebelum JAIS mengambil alih masjid tersebut secara paksa. Mereka memberi makan kepada para pelajar tahfiz di masjid dan juga menjaga kebajikan masjid sejak 3O tahun lalu. 

5. Orang kanan MB, dan team penyelaras DUN KOTA DAMANSARA sebar cerita kononnya tawaran rumah telah diberikan awal sebelum rumah mereka dirobohkan. 

- Tidak wujud sebarang tawaran kepada penduduk melainkan bayaran RM 5OOO, itupun dibayar secara ansuran. RM 5OOO bukan jumlah yang sama dengan bangunan yang dirobohkan dan punca pendapatan mereka di masjid itu. Radzlan dan budak-budak PKR yang baru nak up, sila tunjukkan bukti pemimpin kamu dah sediakan rumah sebelum merobohkan rumah penduduk. 

6. Surat keizinan merobohkan dan mengusir dipersetujui oleh kerajaan negeri. 

- Surat yang dibawa oleh pegawai pejabat tanah menunjukkan dengan jelas, keizinan meroboh dan meranapkan rumah berkenaan adalah dipersetujui oleh kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan hanya meminta izin untuk merobohkan jika kerajaan negeri bersetuju. 


7. Rumah murah PPRT tingkat 18 diberikan setelah semua rumah dirobohkan dan memusnahkan perabot milik penduduk termasuk barang hantaran kahwin milik anak. - Tinjauan krew Revolusi Habib, rumah yang diberikan itu berada dalam kondisi teruk, rosak, dan lif yang tidak berfungsi. wajarkah kita memaksa orang tua berusia 6O tahun menaiki tangga 18 tingkat untuk berpindah rumah? 

8. Krew RH hubungi pejabat tanah negeri dan pejabat undang-undang SUK. 

- Kedua-dua bahagian undang-undang mengesahkan mereka diminta tutup mulut dan tidak dibenarkan menjawab sebarang soalan daripada media berkenaan isu ini. Mengapa takut jika benar? 

- Mengapa MB keluar arahan kepada pejabat tanah dan pejabat undang-undang SUK untuk tidak respon kepada media? 

9. Peguam HAK ASASI MANUSIA sahkan MB boleh arah batal atau henti perobohan dan pengusiran mengikut perlembagaan 

- Berhubung dengan peguam KS BAWANI, beliau mengesahkan bahawa mengikut undang-undang, seorang MB mempunyai kuasa penuh dan mutlak arah henti roboh dan usir mengikut perlembagaan persekutuan demi kepentingan awam. 

- Peguam Kerajaan Negeri pula ketika dihubungi, tidak mampu menjawab pertanyaan krew RH tentang soalan semudah ini. Sah! KERAJAAN LAHANAT! 

Para penduduk dan PSM telah pun hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pejabat MB sejak tahun lalu iaitu sejak bulan november 2O16 namun setiap kali datang ke pejabat walaupun telah dibuat temujanji, MB beri pelbagai alasan dan tidak mahu berjumpa. 

Ingat! undi kita bukan lagi milik PAKATAN! jika beginilah caranya mereka membohong dan memangsakan rakyat! team RH sedia disaman jika ini fitnah!  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...