Isnin, 2 Oktober 2017

Senarai Nama Sertai PAS Dibuat Musuh Sebagai Perang Saraf Dakwa AJK Parti.

Oleh : Harakah Daily 
Sama ada di peringkat PAS Pusat atau Mesyuarat Panitia Fastaqim 2.0, tak pernah disebut pun nama-nama seperti nama bekas hakim, bekas Ketua Wanita Umno dan beberapa nama lain kononnya akan diisytiharkan masuk PAS atas pentas Fastaqim 2.0.
Tiba-tiba keluar senarai nama-nama tersebut yang tersebar merata-rata. Ini dinamakan perang saraf. Musuh buat kemudian mereka tuduh kita sebar. Tujuannya mudah saja. Nak tuduh PAS berbohong bagi menenggelamkan kejayaan Fastaqim 2.0 dan menutup kegagalan pelbagai program lain yang dianjurkan oleh pihak lain di sekitar Kuala Terengganu pada masa dan tarikh yang sama.

Nak tangkap tukang onar atau pelakunya adalah sangat mudah. Kita perhatikan siapa yang bersungguh mainkan isu ini, merekalah tukang baling batu yang tak mampu menyembunyikan tangan. Kesian mereka kerana mengaji ilmu perang saraf tapi tak sempat khatam.
Fastaqim 2.0 membawa agenda perjuangan yang sangat besar. Dijayakan dengan pengorbanan besar dari semua pihak. Kita pula sebuah gerakan besar. Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kata, kalau campur semua ahli PKR, DAP, Bersatu dan PAN ianya belum menyamai separuh dari bilangan ahli PAS. Ini kenyataan dari seorang yang berada di luar parti. Ia bukan kenyataan syok sendiri.
Seekor singa yang perkasa tak akan melayan usikan nakal seekor tikus. Nakal tikus ini macam-macam ragamnya. Ada tikus nakal dengan mempamerkan gelagat orang tak lulus pengajian ilmu hisab. Ada yang kononnya berlagak dialah pejuang ahli sunnah dengan mempertikaikan kenapa PAS buat himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh 10 Muharram yang menyerupai syiah. Mereka tak sedar bahawa untuk menyaingi PAS mereka juga buat himpunan pada tarikh yang sama. Mungkin mereka guna kalendar lain dari kalendar PAS.
Kita buat program tak usik mereka dan tak minta duit lawan kita. Kita adalah kita dengan cara kita. Malah Fastaqim 2.0 tak menyusahkan kerja polis dan majlis perbandaran. Tempat program kita bersih sendiri, lalu-lintas Jabatan Amal kita jaga sendiri, sampah sarap kita kutip sendiri, nak hantar orang sakit ke hospital kita ada ambulans sendiri. Doktor dan paramedik pun kita ada sendiri. Bukan kita angkuh, tapi kita mulia dengan Islam yang kita perjuangkan.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
1 Oktober 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...