Selasa, 3 Oktober 2017

Rizal Dibodoh-Bodohkan Rafizi Berkali-Kali Dalam Sidang Media Penjelasan 'Rafizi Bayar Rafizi'.

Rafizi bayar Rafizi. Itulah pendedahan yang dibuat oleh Rizal Mansor, pegawai kepada Rosmah Mansor pada minggu lepas.

Menurut Rizal, Rafizi telah menggunakan wang derma orang ramai ke atas Invoke untuk membayar syarikat Rafizi yang lainnya iaitu KEIP RESOURCES Sdn Bhd kerana membekalkan tenaga kerja kepada Invoke Sdn Bhd.

Terdapat juga beberapa transaksi pembayaran yang berlaku ke atas nama Rafizi. Dan ini mungkin wujudnya unsur-unsur salah guna wang derma orang ramai, satu sangkaan yang cuba dihasilkan oleh Rizal.

Bagaimanapun sehari selepas pendedahan dibuat, Rafizi tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi Facebook Live - satu sidang media diadakan bagi memperjelaskan apa yang didakwa oleh Rizal ke atasnya.

Mengakui kedua-dua syarikat itu ada kaitan dengannya bagaimanapun Rafizi menafikan wujudnya dakwaan salahlaku seperti yang dibayangkan oleh Rizal.

Rafizi juga katanya akan membuat aduan ke atas agensi kerana Rizal berpolitik sedangkan beliau ialah kakitangan awam yang mana tidak membolehkan beliau untuk terlibat aktif dalam hal-hal berkaitan politik.

Rizal kena bodoh banyak kali, 'macai maya' diserang Rafizi.

Ketika memberikan penjelasan mengenai kaitan Invoke dan KEIP RESOURCES serta transaksi yang berlaku di antara dua syarikat tersebut, Rafizi berkali-kali mengatakan Rizal Mansur bodoh.

"Bodoh, bodoh, bodoh. Kerana terlalunya bodohnya dia. Bodoh, bodoh, bodoh, bodoh, bodoh lagi. Sebab dia terlalu bodoh," kata Rafizi dalam sidang berkenaan.

Menurut Rafizi, atas pengalaman dan kepakarannya dalam perniagaan sebagai 'corporat planner', beliau memang berpengalaman untuk merancang perniagaan yang bagaimana untuk mengurangkan risiko-risiko yang berupaya membunuh satu-satu perniagaan, menubuhkan Invoke dan KEIP RESOURCES adalah langkah yang tepat untuk melawan cabaran-cabaran yang bakal dilalui oleh Invoke apabila memilih untuk melawan Barisan Nasional dan kerajaan Najib Razak.

Rafizi juga menafikan dibayar sebarang elaun, gaji ataupun menerima apa-apa jua bentuk manfaat daripada syarikat Invoke dan KEIP RESOURCES pada masa kini. Malahan beliau menggunakan wang sendiri untuk semua perbelanjaan yang membabitkan dirinya ketika menguruskan operasi syarikat katanya.

Tambahnya lagi, beberapa bayaran gaji telah dibuat menggunakan wang milik dirinya sebagai pendahuluan dan kemudiannya dibayar semula oleh pihak syarikat kepadanya seperti yang tertera dalam invois-invois yang didedahkan oleh Rizal Mansor sebelumnya.

Antara troll yang tersebar di laman maya



Tinjauan di laman sosial pula mendapati kebanyakan penyokong Rafizi masih setia dan mempercayai penjelasan yang dibuat Rafizi.

Ada di antara mereka memperjelaskan tindakan Rafizi mengasingkan syarikat Invoke dan syarikat yang membiayai kakitangan Invoke adalah langkah bijak kerana andaikata Invoke dikenakan tekanan, tindakan saman atau terpaksa ditutup berikutan ganguan dan ancaman dari pihak kerajaan, sekurang-kurangnya nasib pekerja yang dibekalkan oleh KEIP RESOURCES akan terbela.


"Mereka membuat fitnah ini akibat ceteknya pengetahuan mereka mengenai kewangan akaun dan transaksi dalam rekod kewangan. Sebenarnya benda tu berlaku kerana mereka sebenarnya bodoh tak faham baca lejar. Saya tunjukkan lejar satu-satu. 

Oleh kerana tiada seorang pun faham baca lejar maka mereka menfitnah macam tu. Kebodohan itulah yang menyebabkan mereka dipanggil macai-maya. Sebab tu saya katakan mereka masuk perangkap," kata Rafizi dalam sidang tersebut.

"Bodoh bukan jenayah tetapi bodoh yang menfitnah ialah jenayah. Rizal Mansor neh dia bukan sahaja bodoh tapi dia bodoh menfitnah. Itu jenayah. Dan dia membawa bala kepada Rosmah," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...