Rabu, 4 Oktober 2017

Dana Untuk RMT Lesap 'Dirompak', Hilang 100 Juta, Babitkan 5 Pegawai Kementerian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membongkar kegiatan licik membabitkan pegawai tinggi di sebuah kementerian yang menyebabkan kecurian dana umum sebanyak RM100 juta, termasuk yang diperuntukkan untuk golongan miskin tegar.

Laporan NST hari ini
Akhbar New Straits Times melaporkan siasatan terperinci SPRM berdepan pelbagai kerumitan kerana jenayah dilakukan secara licik, di mana pelaku berhati-hati tidak meninggalkan sebarang kesan yang boleh menjejak semula urusan mereka. 

"Mereka sepatutnya melaksanakan projek dan program yang akan memberi manfaat kepada berjuta-juta orang, termasuk golongan miskin tegar, tetapi sebaliknya, mereka bekerja dengan beberapa syarikat, sekurang-kurangnya 10 setakat ini, untuk memenuhi poket mereka sendiri," lapor akhbar itu hari ini. 

Sekurang-kurangnya lima kakitangan kementerian dikaitkan dengan skandal berkenaan. Menurut laporan itu lagi, dana untuk program bantuan makanan untuk pelajar termiskin (RMT) turut diseleweng oleh pihak-pihak tersebut. 

"Menurut sumber yang ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan secara berterusan itu mendakwa pegawai penyiasat SPRM mengatakan sekurang-kurangnya lima pegawai kementerian terlibat dengan beberapa syarikat yang menyeleweng dana awam", memetik laporan NST itu. 

"Mereka telah melakukannya ia (seweleng) selama beberapa tahun sehingga sekarang dan menyedut dana dari pelbagai projek yang tidak pernah berlaku. 

"Kemudian, terdapat projek yang tidak dijalankan mengikut spesifikasi. 

"Pemotongan (menyeleweng dana) dilakukan sesuka hati" 

"Kes ini bukan sekadar mencuri dari dana yang sepatutnya pergi ke pembangunan infrastruktur. 

"Malah program makanan untuk pelajar miskin tidak terkecuali," menurut sumber NST itu lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...