Rabu, 4 Oktober 2017

Adakah Syed Saddiq Terlalu Berharga Hingga Disogok 5 Juta Sindir Bekas Naib Presiden PPBM.

KENYATAAN DATO HAMIDAH OSMAN
Saya merujuk kepada sidang akhbar Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari Isnin 2hb Oktober 2017.

1. Kenyataan beliau yang asal nya dijangka untuk mengumumkan beliau akan menerima tawaran belajar dan biasiswa dari Oxford University, UK akhirnya menjadi medan untuk beliau membuat serangan serangan dan tuduhan liar .
Saya menerima banyak panggilan telefon yg mempertikai kan surat tawaran dari Oxford yang Syed Saddiq siarkan di Facebook peribadinya di mana tarikh-tarikh yang mempunyai kronoloji yang agak anih dan pelik susunannya.
Sumber - blogger UMNO
2. Saya difahamkan daripada laporan akhbar The Star bahawa Syed Saddiq berkata jika perlu akan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan dia telah disogok sebanyak RM5 juta untuk menyambung pelajaran di luar negara . Selepas kenyataan akhbar beliau, sebenar nya pelbagai pihak telah menggesa Syed Saddiq untuk membuat laporan berhubungan sogokan tersebut kepada SPRM dan saya amat mengalu-alukan beliau membuat laporan tersebut.
Malah saya sendiri telah membuat laporan kepada pihak SPRM Cawangan Ipoh berkenaan kenyataan beliau dalam sidang akhbar nya. Jika beliau tidak melakukan laporan tersebut, maka Syed Saddiq dianggap telah melanggar undang2 SPRM dan hukumannya adalah agak berat.
Dalam kenyataan kepada akhbar The Star, Syed Saddiq berkata dia dan ahli keluarganya telah diperas ugut (dalam bahasa Inggeris, backmail), maka dengan itu, beliau akan membuat laporan polis berhubung hal ini terlebih dahulu sebelum membuat laporan SPRM.
3. Saya yakin sebaik sahaja lapuran kpd pihak berkuasa dibuat Syed Saddiq akan menggunakan alasan tidak boleh memberi apa apa ulasan lanjut lagi kerana tidak dibenarkan oleh undang undang setelah lapuran dibuat.
Sebagai pejuang, dia perlu bertanggungjawab dengan tindak tanduknya dan usah bersembunyi disebalik prosedur untuk melontar tuduhan dan andaian yang boleh dianggap fitnah sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Oleh itu, sebelum dia membuat laporan, dia perlu memberi penjelasan lanjut mengenai segala tuduhan beliau kepada semua pihak, termasuk orang ramai, terutamanya pihak-pihak yang nama mereka disebut.
4. Menurut Syed Saddiq, dia sudah mula berunding dengan pihak-pihak tertentu yang konon nya mewakili UMNO semenjak bulan Disember dahulu lagi. Beliau memaklum kan beliau ada ditawarkan pelbagai tawaran termasuk biasiswa dan lain-lain.
5. Syed Saddiq turut berkata dia telah diperas ugut (blackmail), tetapi mengapa setelah begitu lama semenjak bulan Disember lepas, baru skrg dia mahu membuat laporan polis? Bukankah dia telah mendedahkan dirinya dan ahli keluarganya kepada risiko keselamatan yang terlalu lama? Mengapa beliau sangat takut untuk membuat laporan polis tetapi secara tiba2 sangat berani membuat sidang akhbar secara langsung di FB nya?
6. Jika benar lah dakwaan Syed Saddiq berkenaan tempat sidang akhbar diadakan dibiayai oleh pihak yang mahu dia membuat serangan kepada pumpinan PPBM mengapa beliau tidak mendedahkan bil bayaran dan nama pembayar untuk diketahui orang ramai? Adakah dia sendiri mahu menyembunyikan identiti pihak tersebut dari diketahui oleh orang ramai? Jika mempunyai cukup bukti, sepatut nya Syed Saddiq berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Sebagaimana berani dan yakin nya Syed Saddiq menyebut nama saya. Sepatutnya beliau juga mempunyai keberanian yg sama utk menyebut nama nama orang yg cuba merasuah nya.
8. Syed Saddiq ada menyebut nama seorang bernama Habibur Rahman yang dikatakan adalah Penasihat Perdana Menteri dari Pejabat Perdana Menteri sebagai dalang. Sepanjang masa saya berada dalam UMNO, saya tidak pernah dengar dan jauh sekali berurusan dengan seorang bernama demikian. Saya hairan bagaimana Syed Saddiq boleh menyebut nama tersebut sedangkan dia sendiri nyatakan dia tidak pernah bertemu.
9. Syed Saddiq turut mendedahkan ada skrip yang disediakan utk menentukan apa yang perlu dikata untuk sidang akhbar. Mengapa skrip tersebut tidak dibawa ketika sidang akhbar untuk dijadikan bukti dan mengapa tidak dedahkan nama orang yang menyediakan skrip tersebut? Selagi persoalan ini tidak dijawab, kenyataan Syed Saddiq boleh dianggap sebagai "oxymoron" atau bercanggah antara satu sama lain. Saya amat berharap semua bukti ini di dedahkan dahulu.
10. Akhir sekali, saya ingin bertanya adakah Syed Saddiq terlalu berharga sehingga ada yang sanggup menyogok beliau sebanyak RM5 juta .
Sekian.
Dato Hamidah Osman
Mantan Naib Presiden PPBM

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...