Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label rafizi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rafizi. Papar semua catatan

Khamis, 22 Jun 2017

GST Untuk Mee, Laksa, Ini Bukti Menteri Bentang Di Parlimen Bukannya Salah Kastam.

Oleh : Rafizi Ramli
GST KE ATAS 60 BARANG MAKANAN DIBENTANGKAN KEMENTERIAN KEWANGAN, KINI MENTERI CUCI TANGAN.
Saya terkejut membaca satu berita yang dilaporkan BERNAMA (dilaporkan kembali Malaysiakini di capaian http://www.malaysiakini.com/news/386158) yang memetik kenyataan Dato’ Seri Johari Ghani yang memberi gambaran keputusan menguatkuasakan kutipan GST ke atas 60 barang makanan adalah tindakan tergopoh gapah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang tidak dirujuk kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.
Saya bersimpati dengan Ketua Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta seluruh kakitangan jabatan yang dengan terang-terang dikambing hitamkan atas keputusan yang tidak popular itu.
Sedangkan usul untuk meluluskan cadangan mengenakan GST ke atas 60 barang makanan itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan sendiri di sessi Dewan Rakyat yang lalu. Saya ingat kerana saya berada di dalam Dewan Rakyat ketika Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Othman Aziz bangun membentangkan usul tersebut.
Untuk makluman orang ramai, proses untuk mewartakan senarai barang baru yang dikenakan GST adalah seperti berikut:
i. Akta Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 melalui subseksyen 17(5), subseksyen 18(3), subseksyen 56(2), subseksyen 160(2), subseksyen 163(2) dan subseksyen lain memberi kuasa kepada Menteri Kewangan menukar kadar standard GST (dari 6% ke kadar-kadar lain) serta mewartakan senarai barang baru yang dikenakan GST setiap tahun
ii. Menteri Kewangan akan membawa usul ke Dewan Rakyat untuk meluluskan agar cadangan senarai baru yang hendak dikenakan GST itu diluluskan menjadi Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan; yang setelah diluluskan Dewan Rakyat menjadi kertas statut
iii. Setelah menjadi kertas statut, maka menjadi tanggungjawab Jabatan Kastam dan Eksais menguatkuasakan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan itu melalui pewartaan dan melaksanakan kutipannya
Sebab itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi Dato’ Seri Johari Ghani menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais sedangkan Kementerian Kewangan yang pandai-pandai membentangkan dan mendapat kelulusan untuk mencukai 60 barang makanan ini.
Perkara ini dapat disahkan melalui dokumen-dokumen rasmi Dewan Rakyat seperti berikut:
1. Usul oleh Menteri Kewangan untuk meluluskan cadangan mengenakan GST ke atas 60 barang makanan ini dimasukkan di dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 4 April 2017 yang saya sertakan bersama.
2. Usul tersebut disenaraikan sebagai usul 6 yang berbunyi (rujuk Aturan Mesyuarat):
6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5), subseksyen 18(3) dan subseksyen 56(2), subseksyen 160(2), subseksyen 163(2), Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai Kertas statut, bilangan ST.17/2017, ST.18/2017, ST.19/2017, ST.20/2017 dan ST.21/2017 disahkan.”
3. Usul ini dibentangkan oleh Dato’ Wira Othman Aziz, Timbalan Menteri Kewangan seperti yang terkandung di dalam Hansard Dewan bertarikh 4 April 2017 yang disertakan bersama (rujuk mukasurat 209 Hansard Dewan yang mengesahkan Timbalan Menteri Kewangan membentangkan usul ini)
4. Timbalan Menteri Kewangan secara khusus menghuraikan mengenai barang-barang makanan yang akan dicukai seperti laksa kering, kue tiaw kering dan mi kuning kering seperti laporan Hansard Dewan di mukasurat 212 yang saya lampirkan bersama
Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan dan Dato’ Seri Johari Ghani sebagai Menteri Kewangan II perlu bertanggungjawab ke atas keputusan mengenakan GST kepada 60 barang makanan, walaupun ditarikh balik di saat akhir.
Adalah sangat tidak bertanggungjawab dengan mencuci tangan dan menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais setiap kali keputusan kerajaan mengutip GST dibantah rakyat, kerana keputusan mengutip GST itu datangnya dari Menteri Kewangan dan hanya dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
Saya mengesyorkan Dato’ Seri Johari Ghani meminta maaf kepada seluruh kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais di seluruh negara.

Isnin, 27 Mac 2017

Gunakan 50,000 Untuk Bantu Pelajar Miskin & Bukannya Buat Pertandingan Karut Annuar Musa, Kata Rafizi.

Oleh : Rafizi Ramli

ANNUAR MUSA PATUT DERMA RM50,000 SEBAGAI BIASISWA PELAJAR CEMERLANG UNIKL

Saya terkejut membaca berita terkini mengenai tawaran Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi MARA yang digantung (tetapi masih berkhidmat sebagai Pro-Canselor UniKL) yang telah menaikkan hadiah esei kepada RM50,000 (dari tawaran asal RM10,000 sebelum ini).

Walaupun saya sangat-sangat tidak berminat untuk masuk gelanggang dalam isu-isu yang tidak menguntungkan rakyat seperti ini, tawaran menaikkan hadiah kepada RM50,000 dari seorang Pro-Canselor UniKL dalam keadaan bebanan kewangan warga UniKL yang meningkat; adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Rafizi Ramli
Saya ingin ingatkan Tan Sri Annuar Musa mengenai perkara-perkara ini:

1. Beliau masih menerima elaun dan imbuhan lain sebagai Pengerusi MARA dan jawatan-jawatan lain yang berkaitan, seperti mana yang diakui beliau sendiri dalam satu video temuramah di Parlimen minggu lalu

2. Warga UniKL masih terbeban dengan pelbagai masalah kewangan. Hanya selepas saya membantah kenaikan yuran asrama di tiga kampus yang telah diputuskan melalui satu pekeliling, barulah menteri terbabit mengarahkan UniKL untuk membatalkan hasrat untuk menaikkan yuran itu

3. Masih ramai anak-anak Melayu/Bumiputra dari keluarga berpendapatan rendah yang belum mendapat pembiayaan sepenuhnya dari MARA atau pihak lain sedangkan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan seolah-olah semua isu pembiayaan pendidikan telah selesai (rujuk kenyataan media saya http://rafiziramli.com/2017/02/masalah-pembiayaan-unikl-annuar-musa-berbohong-umum-kelulusan-pembiayaan-berjumlah-rm237-juta/)

4. Ada pensyarah sambilan UniKL yang tidak disambung kontrak bermula Januari 2017 (seperti yang dimaklumkan kepada saya) kerana kedudukan kewangan UniKL yang tidak baik

Dalam keadaan begini, adalah sangat tidak bertanggungjawab apabila Tan Sri Annuar Musa, sebagai Pro-Canselor UniKL lebih ghairah bermain politik sehingga sanggup menawarkan wang hadiah RM50,000 untuk memperlekehkan musuh politik beliau, Lim Kit Siang.

Saya juga berpendapat ia hanya gimik politik beliau untuk menjadi jaguh agar berpeluang bertanding jawatan kanan dalam pemilihan Umno akan datang, memandangkan masa depan politik beliau mundar mandir akibat pelbagai kes dan kontroversi yang melibatkan beliau kebelakangan ini.

Oleh itu, saya menasihati Tan Sri Annuar Musa supaya kembali kepada amanah asal beliau iaitu menjaga kebajikan pendidikan anak-anak bangsa di institusi di bawah seliaan beliau seperti UniKL.

Saya menasihati beliau mengumumkan bahawa wang RM50,000 itu akan ditukar menjadi hadiah biasiswa kepada pelajar miskin cemerlang di UniKL.

Saya juga menasihati pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak lagi melayan karenah Tan Sri Annuar Musa dan jangan terperangkap dengan permainan tawar menawar wang untuk memperlekehkan lawan politik seperti ini.

Sesungguhnya rakyat mencemuh kegilaan politik seperti ini dalam keadaan mereka sengsara dengan bebanan ekonomi.

Khamis, 29 Disember 2016

Netizens Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Rafizi - Ini Apa Yang Rafizi Patut Tahu.

Selalunya Rafizi yang akan membuat pendedahan, membuat teguran, memberi nasihat dan kenyataan. Jarang sekali Rafizi dinasihatkan. Terutamanya oleh penyokong-penyokong pembangkang ataupun yang anti BN meskipun tak semestinya dia pro kepada pembangkang. 

Dan ini adalah teguran terbuka kepada Rafizi. Sebelum dia tersadung lebih teruk, pergi lebih jauh dengan ego yang semakin melangit, mari kita sama-sama betul membetulkan kelemahan dan kesalahan masing-masing.

Baru-baru neh Rafizi ada buat satu poll.

Lihat eh.


Hasil dari poll itu menyatakan 69% konfius dengan kos keseluruhan MRT.

Poll ini dibuat oleh Rafizi pada 19 Dec 2016. Dua hari selepas Rafizi membuat pendedahan tentang kos MRT, iaitu pada 17 Dec 2016. Rujuk sini.

Majoriti memilih saya pun konfius. Ya, saya pun konfius. Di poll yang dijalankan oleh Rafizi sendiri ya.

Rafizi sebenarnya ada buat beberapa kesilapan dalam pendedahan yang pertama yang akhirnya memaksa aku membuat pembetulan disini.

Kenapa aku nak sangat buat pembetulan neh bukanlah kerana aku anti Rafizi ke apa tetapi kalau kita nak tarik kepercayaan orang dan keyakinan pengundi kita mesti gunakan fakta yang betul ketika mengkritik agar benda tu tak berbalik semula pada kita.


Rafizi juga ada buat pembetulan tetapi dia menyalahkan pihak MRT tidak mendedahkan kos sebenar padanya. Yang mana aku rasa, kemon la abang Rafizi. Kita dah tersilap tu tersilap je la. Better kita mengaku dan betulkan. Tak perlu kita perbesarkan kesilapan dengan salahkan orang lain pula.

Dalam pembetulan tersebut aku berpendapat adalah wajar jika kita minta kerajaan dedahkan kos keseluruhan (anggaran awal) tentang pembinaan MRT. 

Adakah ya atau tidak seperti yang tercatat dalam website bahawanya kerajaan menganggarkan kos keseluruhan MRT ialah 36b @ 40b pada tahun 2011 - 2012 ? ==> http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10758-mrt-fungsi-dan-kebaikanya.html

Dan akhirnya MRT mengesahkan. Ya. Maksudnya ya pada AWALNYA MEMANG KERAJAAN ANGGARKAN KOS KESELURUHAN PROJEK INI BERNILAI di antata 36b - 40b. Fakta. Rujukan aku disini ==> http://www.malaysiakini.com/news/367156 

Ya atau tidak berlakunya peningkatan kos? Jawapannya YA.

Faham kan?

Rafizi dan PKR awalnya bagi peluru lain sebelum tukar peluru. Peluru awal PKR hanya menyebut MRTLINE1 dijangka akan mencecah 100b. Ingat ya MRT ada 3 jajaran. PKR serang jajaran pertama MRTLINE1. Kata PKR kos akan meningkat sehingga 100b. PKR suarakan kebimbangan dan benda tu dilaporkan secara berleluasa melalui hebahan media rasmi oleh PKR juga.


Perkara itu akhirnya dibuktikan salah. Ya salah. Kos MRTLINE1 ialah 21b. Fasa 1 dan fasa 2. Sekarang secara tiba2 PKR tukar peluru kepada kos keseluruhan projek MRT akan mencecah 100b.

Kesilapan kecil inila akhirnya digunakan oleh team cyber BN untuk memperlekehkan reputasi Rafizi. Rafizi seperti biasa teruskan perangai dia je yang betul pasti betul tetap betul, jika dia akui kesilapan kecil ini, pastinya tidak akan berbangkit kepada kesilapan lebih teruk. Rafizi enggan akui kesilapan tersebut dan aku macam tak berapa faham kenapa Rafizi ego. Benda tu dia je yang boleh jawab. 

Sebenarnya point penting dalam isu MRT neh ialah, memang berlakunya peningkatan kos. Ianya dah disahkan oleh MRTCorp sendiri. Bukannya fitnah. Titik.

Wajar atau tidak projek dinilai dengan kos tersebut?

Berlaku ketirisan atau tidak dengan projek tersebut?

Ini yang kita patut focus.

Rasanya Jabatan Audit Negara akan audit kewangan MRTcorp kerana projek neh dibawah kerajaan 100% meskipun Najib pernah nyatakan akan terima dana swasta sebanyak 40b dalam pembentangan bajet suatu ketika dahulu. Sehingga kita temui bukti berlakunya ketirisan lebih baik kita focus tang kewajaran kos. Setimpal atau tidak dengan nilai semasa. Itu yang patut dikaji oleh kita bersama. Lambung isu kos neh sebetulnya tak tepat jika dibuktikan nilai projek itu wajar.

Jika ditanya pada keperluan aku rasa kita memang perlu kepada pengangkutan awam yang efisien, cepat dan murah. Dan bukan hanya setempat malahan menyeluruh satu Malaysia. Jangan fikir nak keuntungan semata-mata sahaja. Hak menikmati pengangkutan awam yang efisien sepatutnya diseimbangkan antara penduduk bandar dan luar bandar.

Oke berbalik kepada point nak menasihati Rafizi tadinya tu. Ketika Rafizi mengwar-warkan isu kos rundingan 7b, sesetengahnya mulai rasa ragu-ragu. Patut percaya atau tak patut percaya dengan Rafizi. Aku membaca benda tu di laman sosial. Ada yang sindir-sindir juga. Baik di kalangan pembangkang apetah lagi di kalangan BN kannn.

Sebenarnya isu MRT ini hanyalah salah satu isu yang mempersoalkan reputasi Rafizi. Selain dari isu neh terdapat beberapa isu lain yang membuatkan netizens mempersoalkan intergriti Rafizi. Antaranya isu Langkah Kajang yang paling glamer tu. Isu tersebut bukan sahaja benamkan Pakatan Rakyat bahkan benamkan reputasi Anwar ke tahap paling teruk dalam sejarah karier politik Anwar Ibrahim.

Dan seterusnya apabila Rafizi kalah dalam beberapa prosiding saman. Dan apabila pemimpin PKR meminta maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan apabila Rafizi bongkarkan isu rasuah seks. Rafizi diserang oleh team sendiri. Apabila Rafizi tidak mengkritik beberapa langkah kurang cerdik DAP Penang dalam beberapa projek mereka yang dipertikaikan oleh orang awam. Apabila Rafizi juga berniat nak teruskan plan seakan-akan Langkah Kajang bagi menjadikan Anwar PM jika pembangkang menang. Dan apabila Rafizi terkantoi dalam beberapa statement mengkritik pemimpin BN.

Sebenarnya, dalam banyak-banyak wakil rakyat pembangkang, Rafizi Ramli antara yang boleh diharap untuk buat kerja dan membantu rakyat. Rafizi ialah wakil rakyat yang bagus pada aku.

Entah kenapa kadang-kadang dia spin sana spin sini ketika berhujah tidak dapat difahami oleh aku sampai sekarang.

Mungkin dia terpaksa. Adat berparti kadang-kadang kita terpaksa bermuka-muka dan hipokrit demi nak menutup beberapa kelemahan parti dan melindungi reputasi pemimpin tertentu.

Aku harap Rafizi boleh berhenti berbuat begitu. Aku tak rasa Rafizi jadi wakil rakyat sebab nak kaya. Rafizi juga ada tujuannya yang tersendiri. Aku tak berapa tahu sangat tujuan dan matlamat Rafizi dalam bidang politik neh. Pergerakan dia aku tak dapat baca lagi. Lagipun Rafizi masih lagi selesa di alam kapitalis. Sesuatu yang aku lawan.

Cuma aku harapkan Rafizi boleh berhenti putar-belit. Dia dah kantoi banyak kali. Bukan sekali dua. Aku boleh je abaikan putar-belit demi putar-belit yang dia dah kantoi tu tetapi dia kena faham benda neh ada kesan. Pada yang tegar pembangkang macam aku, putar belit sebegini paling kurang pun hanya membuatkan aku menilai dan menyemak semula point-point yang disebarkan Rafizi. Aku tidak akan berpaling tadah memangkah Barisan Nasional. Sekurang-kurangnya tidak buat masa sekarang.


Tetapi pada yang masih ragu-ragu atau baru berjinak-jinak nak membangkang benda neh boleh memberikan kesan kepada mereka.

"Ahh jadi Rafizi rupanya menipu dalam isu neh.. so kerajaan tu kena fitnah la eh".

"Ahhh jadi Rafizi sebenarnya spin point sekian-sekian, makanya kerajaan tak buat macam tu la eh".

Dari elok-elok nak mengundi pembangkang boleh jadi mereka melihat pembangkang sebagai kaki pembohong dan kuat spin.

Tak dinafikan pemimpin BN lebih teruk. Kualiti yang ada pada menteri-menteri BN terlalu sadis sehingga tak dapat digambarkan kebangangan mereka dengan kata-kata. Tetapi mereka masih menteri dan kedudukan mereka itu diletakkan oleh pengundi. Maksudnya bangang-bangang pemimpin-pemimpin BN sekalipun, mereka masih ada pengundi dan penyokong yang tersendiri yang membuatkan mereka terus menguasai kepimpinan negara.

Oleh kerana yang kita nak ubah ini ialah mindset pengundi, maka perlu ada satu garis panduan. Jika kita mengatakan pemimpin BN penipu, apakah kita tidak menipu? Jika kita menipu juga maka apa perlunya pengundi undi penipu yang lain? At least BN penipu yang dikenali cara penipuannya berbanding pembangkang. Ntah macam mana agaknya dorang nak menipu, takut wei. Taktahu. Ini juga merupakan sentimen. Faktor orang takmo undi pembangkang.

Jika kita kata BN pemimpin rasuah dan korup, apakah pemimpin pembangkang juga bersih dari sebarang amalan ketirisan?

Kita boleh je sebut, ah SPRM tak dakwa mana-mana pun pemimpin pembangkang maka terbuktilah kami bersih. Namun perlu diingati pengundi tak melihat itu sebagai penanda aras samada satu2 pemimpin itu bersih ataupun korup. Ini kerana fahaman mereka, jika satu2 pemimpin itu ada masalah intergriti dan moral, BN akan gunakan dua cara.

Pertama - pemimpin tersebut akan jadi spy dan pak turut kepada agenda BN.

Kedua - akan sampai satu masa, ia didedahkan untuk mengucarkacirkan kepimpinan parti pembangkang.

Mereka mungkin tak ada bukti kukuh, cukupla dapat bukti yang boleh meragu-ragukan pengundi.

Tak dapat buat pengundi sokong BN tak apa, cukup dia ragu-ragu dengan pembangkang. Tak faham ke strategi ini?

Sebab tu Rafizi antara yang lantang membuat pendedahan dan kritikan perlu kembali menilai strategi politiknya. Sekali sekala makanlah nasihat dari orang biasa yang tak punya apa-apa kepentingan ke atas kedudukan kamu.

Dipercayai PRU akan berlangsung awal tahun 2017. Jika benar maka tinggal lagi beberapa bulan dari sekarang.

Dengan keadaan pembangkang yang kucar kacir dan semakin huru hara apabila satu persatu parti bergaduh sesama sendiri dan sesama kawan, adalah amat baik jika Rafizi dapat kurangkan kesan kerosakan tersebut dengan hanya menyebarkan fakta dalam pendedahan demi pendedahan pada masa akan datang.

Jangan bimbang, walaupun aku mengkritik Rafizi, dia masih antara wakil rakyat kegemaran aku yang aku anggap boleh buat kerja dengan baik bahkan layak menjadi menteri jika PH menang kelak.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Rafizi, PKR & AMK Berusaha Keras Kumpul Penyokong Demi Anwar.


Hal ini penting.

Kenapa? Untuk menghasilkan sentimen. Untuk membuktikan kepada awam pada PR masih lagi mendapat sokongan padu. Anwar masih lagi menjadi keutamaan PR. Dan PKR masih relevan. Kurang kehadiran ataupun sedikit ataupun tiada hanya akan menyebabkan mereka malu sekaligus tidak mampu memberikan tekanan yang ingin disampaikan kepada BN.

Orang awam hadir ramai2 juga boleh menyebabkan pentadbiran Najib terjejas. Bagaimana? Kerana atas tekanan. Bila kabinet Najib melihat Anwar mendapat sokongan padu, badan kehakiman nak buat sebarangan pun rasa cuak.

Silap2 reformasi 2.0 plak tak pasal2.

Maka. BN perlu ber-ahti2 dalam menentukan langkah seterusnya. Itu sebabnya ko nampak betapa gigihnya pemimpin2 PKR dok mengumpul sokongan dari orang ramai dan anak muda untuk memanipulasikan keadaan. Mereka akan berhujah pelbagai dengan kau bagi menghalalkan pendirian mereka.

Mereka akan berkerjasama dengan pelbagai jenis NGO pro Pakatan Rakyat. Mereka akan berkerjasama dengan pelbagai NGO anak muda. Mereka akan berusaha untuk bawa lebih dari satu isu (bukan sekadar isu liwat II) supaya mana2 pihak yang rasa BOSAN untuk turun dalam isu liwat II akan turun berdasarkan sentimen lain. Macam isu GST ka. Isu rakyat tertindas dalam soal GETAH ka. Isu akta hasutan ka. Isu tanah adat ka. Isu R dan PETRONAS ka. Bagi nampak ramai dan bersekutu.

Aku nampak keperluan untuk menyokong Anwar kerana dia difitnah.

Tapi aku nampak sokongan kita perlu la berstrategi. Cara lapok, cara lama, taknak berubah, membosankan adalah sesuatu yang PKR, AMK dan Rafizi sedang buat sekarang neh. Makin dorang beria2 makin dorang diperlihatkan poyo.

Guna pula slogan poyo. Rakyat hakim negara. Sedang kau tahu kita semua bukan hakim negara. Slogan tersebut mendorong ke arah penipuan pemikiran kita. Nak manipulate minda kita. Slogan pun tak jujur macam mana orang nak expect perkara ini betul?

Bagi aku bukan Anwar yang tak relevan. Tapi orang2 di sekeliling Anwar tue yang tak relevan. Tindakan2 dorang la yang menyebabkan Anwar diperlihatkan tak relevan. Dan aku sendiri berpendirian tak perlu turun langsung untuk sokong cause RAKYAT HAKIM NEGARA. RAKYAT BUKAN HAKIM NEGARA. Ini fakta. Bukan auta. Rakyat ialah rakyat. Hakim ialah hakim. Jika ada yang nak turun untuk sokong dipersilakanla. Jika ada yang taknak turun tue pun lantak ko la. Tiada sesiapa berhak menghakimi tindakan kau untuk turun atau tidak, kes liwat ialah isu peribadi yang sama sekali tiada kaitan dengan diri kita. PKR punya modus operandi ialah bagi kita fikir bahawa kes liwat itu adalah disebabkan Anwar lawan BN bagi pihak kita maka BN fitnah dia.

Anwar memang lawan BN. Ada banyak isu2 yang babitkan rakyat Anwar bahas. Tapi betul kah dia lawan BN bagi pihak kita?

Jika benar PKR lawan BN bagi pihak kita, jika benar la PR lawan BN bagi pihak kita apa sebab perangai PR dan BN lebih kurang ?

Rakyat tak nampak PR lawan BN bagi pihak rakyat. Apa yang rakyat nampak, PR lawan BN bagi pihak kuasa, pangkat, kekayaan, kroni, projek, tender dan wang.

Dan jika betul rakyat HAKIM negara, maka tolong la terima pemikiran2 rakyat dalam ertikata HAKIM yang sebenar. Jangan time nak gunakan kudrat rakyat, time itu la kami HAKIM. Kami bagus, kami ini, kami itu blablabla..

Tapi time kami mengkritik kamu, memerlukan pertolongan kamu, HAKIM ke mana, kebebasan suara kat mana, tahu2 aje yang kena halau ada, yang kena marah ada, yang kena tuduh ada, yang kena fitnah ada, yang kena denda ada, yang kena pecat ada, yang kena buang parti ada, yang kena cop MACAI BN pun ada.

Ketidakkonsisten kamu dalam melayan rakyat sebenarnya, menyebabkan aku nampak rakyat dilayan ibarat sampah sarap. Yang macam takde harga diri. Takde maruah. Takde standard. Taraf lap kaki. Nak pakai, ko pakai. Nak buang, ko buang. Macam mana? 

Nak2 suruh pula PAS hadir sekali. Untuk sokong sama. Kalau DAP aku faham juga. Ini PAS?

KAH KAH KAH

Dah layan PAS di tahap paling hina dalam sejarah.

Dah kutuk PAS macam2. Sekali suruh PAS sokong.

Kau ingat ahti manusia neh batu ka? Takde rasa sensitif ka? Takde emosi ka?

Agak2 la woi.

Kbai.

Khamis, 15 Mac 2012

Blogger umno nak londeh tukang dedah maklumat rafizi?

Tak yah buat kerja bahlol lah weh. Isu sekarang neh bukan kira sapa dedah sapa. Itu seme takde kena mengena pun dengan isu pendedahan rafizi tue. Korang nak dedahkan nama penuh wanita + ic dan etc2 wanita kat bawah neh semata2 dia dedahkan dokumen shangri-la tue ka?


Untuk rekod gambar kat atas neh gambar hiasan jek. Aku syak je lah. Tak pasti betul ke tak betul. Tapi memang gambar2 neh yang dah tersebar kat blog umno pun. Hehehe.

Sekarang neh aku nak kita berfikir isu masak semasaknya. Bagi yang tidak tahu kisah sebenar atas isu neh meh aku explain sikit supaya korang faham fakta kes.

1. Ada orang bagi info kat rafizi. Bab dia bayar untuk dapat info ka apa itu aku taktau dan takmo masuk campur. 

2. Yang penting sekarang info tue betul ke tak betul? Itu point dia kan? Kalau pun dia membayar untuk dapatkan satu2 info = info benar, ada masalah ka weh? Sepatutnya takde. Itu kalau dia bayar lah. Kalau dia dapat info percuma pun apa masalahnya juga? Bukan nya ada aktiviti rasuah disini. Jual beli info neh ialah perkara biasa beb. Siyes. 

3. PMO dah mengesahkan kesemua dokumen tersebut = tulen bila mereka bertindak menafikan pertunangan dan harijadi najib dibiayai guna wang rakyat. Kalau dokumen tersebut palsu sudah tentu PMO membuat penafian bahawa dokumen tersebut palsu, bukan buat penafian mengenai sumber perbelanjaan kan?

4. Shangri-La hotel pun mengesahkan bahawa dokumen tersebut tulen. Sekarang neh dokumen yang disebarkan oleh informer = tulen. Tiada keraguan langsung. Jadi tak perlu lah nak dedahkan2 dia. Bukan dia menfitnah sampai nak ugut dia bagai beb. Biar je lah dia dengan dunia dia. 

Dia, maybe tertanya2 sebagai rakyat wajar kah perbelanjaan tersebut dan dari mana agaknya najib dapat duit. Takan syak wasangka dia menjadi satu kesalahan pula? Bukan nya dia boleh direct pergi rumah najib tanya dan minta tolong sebagaimana saiful tue beb. Matang arh sikit der.

5. Dan dalam pendedahan rafizi, dia tak cakap pun yang najib guna wang rakyat. Dia tak sebut. Aku pun tak sebut. Yang sebut mungkin penyokong2 pr. Aku tak nafikan. Yang dia sebut, aku sebut dan aku percaya ramai bloggers pr sebut ialah kita tanya najib guna duit sapa bayar seme neh? Adakah wang sendiri? Adakah ia duit rakyat? 

Ia adalah satu perbelanjaan yang sangat besar. Minta tolong najib kemukakan bukti2 pembayaran bagi mengelakkan kira rasa syak wasangka pada menteri kita. Salah ke kita berbuat demikian? Salah ke kita nak tahu?

Kenapa nak tahu? Adakah rakyat perlu bersikap penyibuk dalam hal neh? Of course memang kena. Sebab dah terlalu banyak kali kita dengar najib suruh kita berjimat cermat tapi dia sendiri tak amalkan apa yang dia cakap. 

Dia minta kita faham kerajaan, kerajaan melalui saat2 yang sukar dan akan pulihkan ekonomi tapi cara hidup dia berbeza dengan apa yang dia selalu sebut. Kita jadi marah lah. Selepas tue selalu sangat kita didedahkan dengan berita2 rosmah berbelanja mewah, dari situ kita dah jadi was2. Banyak sangat ke wang najib sekarang neh untuk tampung gaya hidup mewah family dia?

Lepas tue kat rakyat dihalakan yang cikai2. Contohnya kedai 1malaysia. Siyes cikai. Susu tin = tin sardin = cop 1malaysia = barangan yang sangat cikai. Minta maaf, bukan aku nak kutuk2 barangan 1malaysia tue der. Tapi sepatutnya sebagai pemimpin dia kena lah bawa naik taraf hidup kita, betul tak? 

Maksud aku sepatutnya dia tolong kita meningkatkan pendapatan kita, kan? Melalui dasar2 dan polisi2 kerajaan yang menjurus kepada sosialis + kebajikan yang disalutkan dengan elemen islam yang menjaga seluruh rakyat tak kira apa bangsa or agama sekalipun.

Maaf cakap, orang yang faham islam akan nampak islam bukan sekadar cara hidup malahan satu sistem yang mana semua orang boleh terlibat dalam nya tanpa perlu tukar agama asal masing2. Siyes. Ini sesuatu yang orang bukan islam tidak perlu takut.

Tetapi apa yang najib buat sekarang adalah terbalik. Dia downgraded kan lagi hidup rakyat. Katakan dulu kita mampu beli sardin ayam brand sekarang dia halakan kita sardin yang taktahu sumber mereka. Tah halal tah haram. Tah bersih tah kotor. Cop syarikat takde nak check. Info apa pun takde nak kenalpasti pembuat sardin or susu tin [contoh] tersebut. Nampak tak cara mana najib memerintah neh?

Semakin lama semakin mencikaikan rakyat. Dan itu tak masuk lagi angkara kroni = projek yang berlaku bila nak jayakan kedai 1malaysia neh. Maleh aku nak cakap dah. Dah penat. Kita sama kita tahu sudah lah. Yang bloggers umno pun memang tahu juga. Hakikat beb.

Jadi bila semua elemen tersebut bergabung menjadi satu, kita memang akan bersikap penyibuk dalam hal seperti neh. Memang kita sebagai rakyat berhak tahu dari mana najib dapatkan kesemua wang2 untuk berbelanja mewah. Jangan anggap persoalan2 rakyat ialah satu musuh buat pemimpin.

Jika apa yang rakyat sangka itu adalah salah maka buktikan ia dengan fakta. Kita akan terima fakta andai najib betul2 boleh kemukakan bukti bahawa dia benar2 bayar guna wang sendiri. Jangan risau, kita benci pun kita tak benci individu tetapi kita benci sikap atau lebih tepat perbuatan.

So kalau ada bukti lampirkan sahaja. Tak perlu lah nak mengenakan orang yang mendedahkan bukti tersebut. Kesian dia. Kang tak pasal2 kena ugut, kacau dan etc2 pula. Bai.

Ameno : Heran aku.. soal keselamatan individu neh tak patut terbatas kepada parti.. polis kena melindungi seme rakyat malaysia tanpa kira parti. Kalau ada yang mendedahkan identiti pemberi maklumat or orang2 lain di media online [hal2 personal kecuali gambar dan nama] sepatutnya ditahan mereka2 itu sebab membahayakan orang yang dia dedahkan tue..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...