Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 Mac 2012

Najib, aku tak maafkan kamu.

Najib cakap semalam ;

"Kalau dahulu sedikit sebanyak kita buat silap, maka, saya hendak menyatakan bagi pihak BN, kita minta maaf kepada semua, yang menang minta maaf dan yang kalah pun minta maaf.

"Kita berjanji untuk belajar daripada kesilapan itu dan akan melaksanakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Kuala Ketil, di sini hari ini. -UM-

Respon balas. Pergi matilah weh. Jangan. Kasar sangat tue beb. Cuma nak bagitau kat najib, jangan harap dan jangan mimpi lah weh. Hanya dengan minta maaf ia tidak mengubah apa2 perkara yang telah menyusahkan rakyat selama neh. Perkara2 buruk yang dilakukan kepada rakyat oleh bien tidak akan bertukar tinggg jadi benda baik hanya bersandarkan kepada kata2 minta maaf.

Jika minta maaf itu begitu bernilai baik mahsuhkan sahaja sistem keadilan di negara neh. Selesaikan sahaja seme perkara dengan ucapan minta maaf. Kan simple? Contoh kes bawah neh ;


Adakah dengan meminta maaf maka kes di atas neh di anggap tidak wujud or selesai? Pun tidak. Hak rakyat tetap pernah dinafikan. Malahan sedang dinafikan. Dan mungkin akan terus dinafikan jika bien diberikan mandat untuk terus memerintah negara neh.

Minta maaf najib satu sen pun tak laku. Minta maaf najib bukan boleh pulihkan skandal pkfz. Jauh sekali betulkan penyelewengan demi penyelewengan yang melibatkan beberapa pemimpin utama bien. Contoh isu lembu dan nfc. Adakah minta maaf najib boleh menangkap shahrizat masuk ke dalam jail? Pun tidak. 

Adakah minta maaf najib boleh memulihkan stadium runtuh? Bumbung bocor ataupun kehilangan wang berbillion2 ringgit akibat ketidakcekapan dalam menguruskan dana negara? Tidak. 

Minta maaf najib juga tidak boleh mengembalikan semula wang yang dicuri oleh kakitangan kerajaan ketika membeli teropong paling mahal di dunia sekalipun. Ini sekecil2 corruption pun dorang takley settle lagi nak fikir dorang akan selesaikan corruption yang lebih besar rangkaian nya?Jangan hadap der. 

Bagaimana pula dengan isu khir toyo? Adakah minta maaf najib boleh mengantikan semula wang2 yang khir amek dari rakyat selangor? Pun tidak. Minta maaf sebenarnya tak laku lah najib. Setelah melakukan pelbagai corruption semudah abc jek minta maaf dan minta orang undi bien? My foot lah ko. Senang betul hidup macam tue. Selepas membunuh, minta maaf, kes selesai. Boleh?

Sekarang neh cuma ada satu jalan jek yang najib dan bien boleh buat. Tak perlu susah payah nak minta maaf or jelajah satu malaysia seme bagai untuk terangkan kepada rakyat. Buang masa seme tue. Kalau sungguh bien benar2 perjuangkan rakyat ko betulkan balik seme penyelewengan yang dibuat oleh bien. Yang salah ko kena tangkap termasuk diri ko sendiri sebab terlibat dalam skandal kapal selam, makmal sekolah terbakar, kehilangan enjit jet. Tue seme ketika ko jadi menteri di bawah kementerian2 tertentu. 

Aku hanya akan memaafkan bien jika semua penyeleweng2 dibicarakan dan dihukum setimpal dengan kesalahan mereka. Selagi itu bien tak buat, selagi itu jangan mimpi minta maaf ko tue bernilai. Bai. 

Ameno : Bakolsampah aje layak utk ucapan macam tue.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...