Perkara itu didedahkan sendiri oleh penulisnya menerusi satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya pada Selasa.
"Seorang Senator plagiat artikel aku!
Terima kasih kepada Senator yang telah memetik artikel saya (https://m.malaysiakini.com/news/536229) sebagai ucapan perbahasan Titah Diraja pada 7 September 2020.
Tapi, adalah molek sekiranya Senator kredit saya sebagai penulis asal. Apa yang saya bimbang nanti Senator akan dituduh plagiat tulisan orang. Kalau satu dua point takpelah, tapi ini hampir 90 peratus tulisan saya.
Siapa yang kenal Senator PKR ni, maklumkanlah kepada dia. Nak jumpa minum kopi dengan saya boleh je, asal jangan plagiat tulisan orang," katanya dalam kenyataan itu.
"Saya mohon maaf banyak-banyak kepada penulis atas apa yang berlaku dan saya juga bersedia untuk bertemu dengannya jika ada kelapangan.
"Saya hanya memberi arahan kepada pasukan saya untuk sediakan (teks ucapan) dengan kandungan berkait dengan topik tersebut," katanya, memetik laporan portal Malaysiakini. - 9 September 2020.