Pemilik blog Steadyaku47 kini berada dalam pemerhatian polis lapor Malaysian Digest hari ini. Kenyataan itu disahkan dengan status Facebook blogger itu yang tular sejak pagi tadi.
"Ini mungkin ucapan selamat tinggal. Diberitahu mereka ban saya di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya," kata Hussein
Abdul Hamid yang juga pengendali blog Steadyaku47.
Terdahulu Steadyaku47 menjadi sensasi di laman sosial kerana mengkritik dan mempersoalkan Sultan Selangor yang mengulas isu Mahathir.
Bagaimanapun pemilik blog berkenaan tidak mengakui mengkritik Sultan Selangor kerana mempertahankan bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.
Blogger tersebut menulis tentang kelakuan Sultan Selangor yang tidak mencerminkan sikap sebagai seorang penganut Islam dengan memetik beberapa perkara yang didakwanya dilakukan oleh Sultan tersebut.
Meskipun diperhatikan oleh pihak berkuasa, blogger itu terus menulis tentang isteri-isteri Sultan Selangor dan kekasih-kekasihnya ( 'yang ditidurnya') sambil mempertikaikan peranan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di artikel yang lainnya.
"####.. hotak kamu. Apa yang ####nya bila kamu ada tiga isteri dan banyak kekasih yang kamu tiduri sedangkan kamu Ketua Agama Islam di negeri kamu," katanya.
Blog tersebut bagaimanapun tidak lagi dapat diakses atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, penulisan blog berkenaan menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat dan polis akan menyiasat latar belakang penulis artikel yang diterbitkan pada 13 Disember lalu.
“Kami juga akan menyiasat sama ada orang yang menulis artikel tersebut berada di Malaysia atau luar negara,” ujarnya, memetik laporan Malaysian Digest.
Hussein menerusi blog Steadyaku47 pada 13 Disember lepas menerbitkan artikel bertajuk 'WTF does this Idris of Selangor thinks he is doing?' mengkritik Sultan Sharafuddin dalam bahasa penghinaan.
Beliau turut menuduh Sultan sebagai kaki botol, pencuri dan penjenayah serta bukanlah berketurunan Bugis sebenar.
"Kesultanan Selangor mungkin berasal dari Bugis tetapi kamu tidak pernah melakukan apa-apa untuk kami orang Bugis apatah lagi berasa bangga dengan apa yang kamu lakukan di Selangor," tulis blog berkenaan, memetik laporan portal itu lagi.
Nota : #### ialah penulisan di blog ini sahaja dan bukan di blog Steadyaku47.