Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Disember 2017

Jika Rakyat Terdesak, Saya Boleh Jadi PM Untuk Sementara - Mahathir.

"Saya tak tahu. Jika rakyat benar-benar terdesak dan mereka tak jumpa calon lain, mungkin orang tua berusia 93 tahun ini boleh jadi perdana menteri sementara," itulah respon Tun Mahathir Mohamed kepada wakil media ketika diminta untuk mengulas mengenai isu pencalonan bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu sebagai Perdana Menteri Pilihan pembangkang andai menguasai Putrajaya pada PRU ke 14 kelak.

Sebelum ini dilaporkan Saifuddin berkata Mahathir dan Wan Azizah adalah calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat pemukiman PH pada awal bulan December yang lalu bersetuju mencalonkan kedua-dua nama itu sebagai yang layak mengetuai pembangkang.


Bagaimanapun Mahathir berkata proses pencalonan itu sebenarnya belum lagi selesai. Menurut laporan Kini TV, kesemua parti komponen dalam Pakatan Harapan kecuali PKR bersetuju untuk mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai Timbalannya.

"Mereka belum calonkan saya lagi. Keputusan belum dibuat. Belum ada keputusan," katanya.

Turut dilaporkan Wan Azizah bersetuju dengan hasil mesyuarat pemukiman itu.

Pakatan Harapan dijadualkan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada jumaat ini.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata penyokong pembangkang berbelah bahagi dalam isu pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Yang mana baik aku ikut je sebagai penyokong dan pengundi PH," kata Norul.
.
"Ketandusan calon ke? Wan Azizah tu nenek pacak. Calon mendeee," tulis Ahmad Kamil.

"Cari yang lain jela. Dua-dua dah tamat tempoh luput," kata Joren Joi.

"Asal bukan BN!," respon Muhd Azlan.

"Huh. Aku tak mengundi kalau korang angkat warga emas ni jadi PM balik," marah Lan Mzh.

Saifuddin sebelum ini berkata perlantikkan Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah bagi tempoh sementara waktu sehingga Anwar dibebaskan.

Bagaimanapun kenyataan itu dikecam ramai kerana ada pihak yang mempersoalkan jika Anwar PM mana mungkin Wan Azizah TPM. Ini bermaksud kedudukan Mahathir dan Wan Azizah adalah untuk sementara waktu sahaja. 

Jesteru itu kenapa buang masa calonkan PM dan TPM sementara sedangkan PH hanya perlu calonkan PM sementara dan TPM sewajarkan dicalonkan nama lain yang akan kekal dengan jawatan itu selepas Anwar dilantik menjadi PM, kritikan netizens.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...