Khamis, 14 Disember 2017

Kami Boleh Musnahkan Malaysia Dalam Masa 1 Saat - Admin Jews News.

Portal berita pro Israel pada semalam dengan angkuhnya berkata mampu memusnahkan Malaysia dalam masa satu saat.  

"Hahahahaha. Kami boleh musnahkan Malaysia dalam masa 1 saat," kata admin di halaman Facebook itu sambil berkongsikan pautan berita berkaitan.


Ini susulan dari kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang berkata Malaysia bersedia untuk menghantar tentera ke Palestine.

Hishamuddin dipetik sebagai berkata “Sebagai menteri pertahanan, saya yakin kita akan laksanakan sebarang perintah daripada komander tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Ke-5.
“Ketua Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan askarnya sememangnya bersedia,” katanya seperti laporan Bernama.

Kenyataan Menteri Pertahanan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan. Malahan menerima kritikan dari pihak tertentu.

Penyokong pembangkang misalnya mengecam Hishamuddin yang dianggap terburu-buru mengeluarkan kenyataan.

Manakala Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji menyifatkan langkah itu “tidak bijak” kerana pertama sekali situasi berbangkit bukan isu ketenteraan.

“Konflik antarabangsa di Baitulmaqdis adalah isu politik. Langkah terbaik adalah membenarkan diplomasi menyelesaikan kekacauan sejarah ini. Jika diplomasi gagal, tindakan berikutnya boleh dalam bentuk kecaman masyarakat antarabangsa.


“Mengisytiharkan secara membuta tuli bahawa kita boleh sediakan pasukan tentera adalah tindakan kurang bijak,” katanya.

Tinjauan di halaman berkenaan rata-rata netizens Malaysia mencabar dan bersikap sinikal dengan status berbaur ancaman itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...