Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Disember 2020

Ahli PAS Hantar Memo Tolak Kerjasama Dengan PN, Penyokong PAS Kata Tipu, Cubaan Kacau Bilau.

POLITIK | Siang tadi, lebih kurang 20 individu yang mendakwa mereka ialah ahli seumur PAS telah mendesak kepimpinannya mengkaji semula kerjasama politik antara PAS dan PPBM.

Kumpulan itu telah menghantar memo bantahan kepada Pejabat PAS Pusat. Memo itu juga disambut secara baik oleh wakil PAS iaitu Setiausaha Kerja PAS Pusat di hadapan pintu masuk.

Wakil kumpulan itu yang bernama Khairul Anwar menuntut 6 perkara iaitu;

6 Perkara yg tuntut oleh sekumpulan penyokong PAS di Pejabat PAS Pusat petang tadi.

1. Mengkaji semula hubungan politik PAS dengan BERSATU.

2. Mengkaji semula penyertaan PAS dalam PN.

3. Adakan Muktamar khas PAS untuk mencapai persetujuan ahli PAS keseluruhan mengenai PN dan BERSATU.

4. Memperkukuhkan MN sahaja.

5. Kaji dahulu sesuatu kes dan isu sebelum parti mengeluarkan kenyataan media agar kenyataan media tergesa-gesa SUA seperti isu politik di Perak tidak berulang.

6. Dedahkan kepada ahli dan penyokong Pas di bawah lambang apakah yang akan digunakan pada PRU15 kelak.

Bagaimanapun di sosmed lain pula kisahnya apabila rata-rata penyokong PAS beranggapan ia adalah aksi palsu yang mempergunakan nama Ahli PAS.

Boleh dikatakan hampir kesemua penyokong PAS tidak mempercayai memo tersebut dihantar oleh Ahli PAS. Malahan wanita yang turut berada di lokasi dan memegang banner juga dianggap bukanlah muslimah PAS sehingga gambarnya ditularkan netizens.

Selain itu rata-rata dari mereka juga mempersoalkan penggunaan perkataan akar umbi. Menurut penyokong-penyokong PAS, perkataan akar umbi ini sinonim dengan parti lain yang pastinya bukan PAS kerana ahli-ahli PAS adalah mereka yang taat dan patuh pada arahan pemimpin.

Berdasarkan pemerhatian ringkas ini, rasanya tak salah jika dianggap penyokong PAS dapat menerima PPBM dengan baik sekali. Paling tidak pun, majoriti berasa selesa kerjasama yang terbentuk antara PAS dan PPBM.

Ketika Khairul Anwar menghantar memo bantahan tersebut, beliau ada menyatakan nombor keahlian PASnya tercatat atas memo bantahan tersebut. Sudah pastilah Pejabat PAS Pusat mampu melakukan semakan samada Khairul Anwar sekadar menyamar untuk melakukan huru hara ataupun Ahli PAS yang menolak kerjasama dengan PPBM. - 15 Disember 2020.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...