Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Disember 2020

Tun, KuLi Sudah Senja Patut Berehat Kerana Pemikiran Sudah Tak Relevan - Presiden ISMA.

Kenyataan Media | Cadangan Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk mewujudkan kerajaan baharu, iaitu dalam bentuk 'kerajaan perpaduan' ini hanya akan merumitkan kekusutan rakyat Malaysia.


Kedua-dua tokoh ini sudah berada di usia senja dan sepatutnya berehat dari arena politik, apatah lagi sibuk menjadi pencatur politik negara. Era mereka sudah berlalu dan pemikiran mereka sudah tidak lagi relevan untuk politik masa kini.

Malah, kerosakan dan kecamukan yang kita lihat pada hari ini banyaknya berpunca daripada mereka juga. Jadi, apa lagi kita mahu harapkan dari mereka ini. Kita perlukan politik baharu, pemikiran baharu dan sikap baharu.

Kerajaan perpaduan tidak akan menyelesaikan masalah dan kekusutan yang melanda kalau isinya masih sama, iaitu diisi oleh pemimpin-pemimpin sama yang membawa idea, pemikiran dan sikap lama. Kita sudah saksikan mereka ini tidak pernah berubah dan tidak sudi untuk berubah pun. Ini cuma hanya akan bertukar tampuk pemerintahan sahaja, tetapi mengusutkan keadaan dengan proses perubahan lagi sekali.

Saya banyak kali ulangi, bahawa menunggu PRU-15 itu adalah yang terbaik bagi kita semua. Namun, mestilah menunggu dengan sabar kerana tempoh bagi penggal ini sudah tidak lama dan bukannya 'memaksa' PRU-15 berlaku dalam masa terdekat dengan pelbagai 'cara'.

Misi mereka yang suka mencatur-catur dan berebut-rebut kuasa lebih dari berkhidmat untuk rakyat menunjukkan bahawa mereka hanya tamakkan kuasa yang tidak pernah cukup demi kepentingan diri dan parti. Lebih malang, yang sudah dapat jawatan pun masih berasa tidak cukup kerana sentiasa mahukan lebih sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diberi itu.

Malang sekali kita semua kerana mempunyai pemimpin sebegini. Rakyat sedang menderita menagih simpati tetapi mereka yang berada di kerusi empuk masih tidak sedar diri sibuk menagih kuasa.

Saya menyeru agar ahli-ahli politik yang masih waras untuk berfikir sejenak akan segala implikasi yang akan berlaku.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
15 Disember 2020

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...