Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Disember 2020

HSR Tidak Libatkan Singapura, Malaysia Bayar Pampasan RM300j.

Najib Razak | Media melaporkan kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak teruskan dengan perjanjian dengan Singapura yang dibuat kerajaan BN dahulu untuk projek HSR Kuala Lumpur ke Singapura.

Sebaliknya, projek akan ditukar dengan HSR Kuala Lumpur ke Johor Bharu dengan menggunakan teknologi tren yang lebih perlahan dan kerajaan akan membayar pampasan sekurang-kurangnya RM300 juta kepada negara Singapura.

Kos HSR-JB juga dilaporkan antara RM63 bilion hingga RM65 bilion - iaitu tak jauh berbeza berbanding kos asal sebanyak RM60 bilion hingga RM68 billion untuk projek asal HSR KL ke Singapura.

Akibat penukaran ini, jumlah penumpang setahun dijangka turun dari 8.4 juta setahun ke 4.2 juta menjelang tahun 2031. 

Ini akan memberi impak yang amat besar dari segi harga tiket (pengguna dari Singapura mampu membayar tambang lebih mahal) dan jumlah penumpang sehingga projek ini mengalami kerugian besar setiap tahun - bermakna kerajaan mungkin akan perlu membayar gantirugi atau bail-out operator HSR pada masa depan.

Jika ditukar ke JB sahaja dan menjadi lebih perlahan berbanding kelajuan asal sebanyak 350 km/sejam, projek ini tidak boleh bersaing lagi dengan sektor penerbangan KL ke Singapura.

Sektor penerbangan ini adalah paling sibuk dalam dunia dan HSR dijangka boleh menurunkan kos tiket, jumlah tempoh perjalanan dan juga pencemaran udara sebab tren elektrik adalah lebih efficient dan kurang mencemar.

Impian pergabungan antara dua ekonomi terbesar dan dua ibukota negara ASEAN juga tidak akan tercapai.

Akibatnya, manfaat ekonomi bagi Malaysia dari projek ini akan berkurang beberapa trillion Ringgit menjelang tahun 2050.

Tapi satu manfaat bagi kerajaan Malaysia ialah kerajaan boleh membuat segala keputusan perolehan untuk memberi kontrak kepada mana-mana pihak dengan sendirinya berbanding model JV dahulu di mana segala proses perolehan dan pemilihan vendor perlu ditimbang, dilaksanakan dan dipantau secara bersama oleh kedua-dua negara.

Saya harap laporan berita ini yang semakin rancak tanpa sebarang penafian dari kerajaan adalah tidak benar dan cuma spekulasi.

Jika benar, keputusan kerajaan ini akan banyak merugikan negara sebab walaupun kos projek agak sama tetapi jumlah pendapatan HSR serta manfaat ekonomi bagi Malaysia adalah jauh lebih rendah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...