Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Disember 2020

Mahathir Dan KuLi Mungkin Ada Sokongan Kuat Untuk Ambilalih Kerajaan PN.

A. Kadir Jasin | 1. Jika esok tidak datang untuk Muhyiddin Mohd Yassin dan kerajaan tebuk atapnya, apakah yang akan terjadi?

2. Atau yang lebih tepat, adakah mana-mana pihak yang ada cukup sokongan untuk mengambil alih dan siapakah bakal Perdana Menteri mereka?

3. Ramalan di sidang akhbar bersama Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah petang ini menjurus ke arah kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.

4. Untuk pengetahuan generasi muda, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh ini adalah dua sahabat baik yang "bermusuh" dalam politik. 

5. Dr Mahathir panggil Tengku Razaleigh, "Li" dan Tengku Razaleigh panggil Dr Mahathir, "Doc" (untuk doktor).

6. Jadi apabila mereka berkongsi sidang media dan bercakap berkenaan kejatuhan kerajaan PN, tentulah mereka mempunyai asas yang kuat. 

7. Kalau tidak sama kuat dengan sokongan "strong, formidable, convincing" yang Anwar Ibrahim dakwa ada kepadanya, mungkin lebih kuat. 

8. Rasanya mereka tidak bercakap dalam nada "kuat, utuh, meyakinkan" yang Anwar dakwa. Kalau ia, tentulah Anwar hadir sama. 

9. Jadi kalau Doc dan Li ada sokongan yang lebih kuat daripada Anwar, siapakah calon mereka untuk ambilalih daripada Muhyiddin dan PN?

10. Apakah gabungan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh ini lebih daripada sekadar sidang media bersama?

Wallahuaklam. Terima kasih. - 14 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...