Sabtu, 27 Oktober 2018

'Cabut Lari' Dari Interview Mary Ann Al Jazeera, Ini Penjelasan Najib Razak.

Najib Razak | i) Sebentar tadi, Al-Jazeera telah menyiarkan temuramah yang dirakam serentak ketika isteri, anak dan anak tiri saya disoalsiasat oleh pihak polis semalam.

Biarpun wawancara ini melangkaui masa yang dipersetujui serta menyeberang skop yang dipersetujui, saya tetap menjawab soalan soalan tambahan yang diajukan.




Tetapi, individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, disebalik pelbagai penafian saya, disebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telahpun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya.


(Lihat wawancara penuh dibawah ini;)

 

Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.

Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia dipermulaan wawancara ini.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan ianya tidak adil kepada saya. Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan.

Saya diberitahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal dua-dua pihak akan dapat dicapai.



 

ii) Selepas saya nyatakan sekali lagi di dalam wawancara Al-Jazeera bahawa saya TIDAK pernah berkenalan ataupun bertemu dengan mendiang Altantuya, saya lihat ramai lagi yang menuduh saya menipu hanya kerana mereka pernah lihat gambar yang tersebar kononnya saya duduk bersama Altantuya.

Saya pelik mengapa ramai lagi tidak tahu bahawa Tian Chua dari PKR sudah lama MENGAKU bahawa gambar ini ialah bahan edit dilakukannya.

Selepas mengaku gambar itu palsu pada masa itu, Tian Chua berkata beliau tidak pernah kata gambar itu ialah gambar sahih dalam blog dia dan dia tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar tersebut dan andaian yang dibuat oleh mana-mana pihak mengenainya. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

Sebagai satu lagi bukti bagaimana berkesannya pengaruh dari propaganda palsu ialah sehingga hari ini selepas lebih dari 10 tahun, ramai masih mempercayai bahawa bahan letupan yang digunakan dalam kes itu ialah bahan letupan canggih C4 gred militari (bagi dakyah boleh mengaitkan saya yang bertugas sebagai Menteri Pertahanan pada masa itu)i.

Kebenarannya ialah pihak penyiasat forensik sudah lama memberitahu bahawa bahan yang ditemui di tempat kejadian bukan C4 tetapi adalah bahan letupan PETN dan RDX yang juga boleh didapati di setengah tapak pembinaan dan di kuari batu:   http://www.mstar.com.my/…/berita-m…/2014/06/24/altantuya-c4/

Nampaknya, tuduhan dan propaganda palsu lebih senang disebar secara meluas di Malaysia berbanding penjelasan dan kebenaran. - 27 Oktober 2018.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...