Datuk Shamsul Anuar Nasarah |
Gambar itu kemudiannya dikongsikan lebih dari 3,000 kali dan menerima respon-respon negatif dimana wakil rakyat Pakatan Harapan dikutuk di ruangan komen.
Ainol Dahlan : "Bagus tepek gambar ini kat mana-mana komen yang dok tanya kenapa DS Najib dok tulis kat FB tapi tak di Parlimen, komen macam tu boleh dikatakan ada di semua status DS Najib 😎".
Falihin Azmi "Tak tidur malam depa dibuatnya. Sampai realiti pun takut. Haha".
Foziah Kadari "Bila mantan ekonomi berucap benar, semua bodoh/penipu takut lari tak mahu dengar"
Najib juga menulis mengenai hal itu di Facebooknya petang tadi.
"Bila saya tulis di FB, ada yang panggil saya bawa ke Parlimen.
Bila saya bawa ke Parlimen, ramai menteri dan timbalan menteri hilang.
Lain kali saya tulis di FB, sudah.
Mungkin kebanyakan menteri ada temujanji lunch awal. Mungkin juga ada satu dua yang terpaksa rehat tengah hari kerana tidak dapat tidur malam," katanya.
Selepas satu jam Najib kemudiannya memuatkan naik satu status lain yang mengatakan beliau tidak luntur semangat walau dilayan dengan apa cara sekalipun.
"Tidak sedikit pun luntur semangat saya walau bagaimana saya dilayan.
Dalam 5 tahun banyak boleh berlaku. Lihatlah di mana Malaysia hari ini dan ke mana kita.
Halatuju Malaysia penting. Apakah kita akan biarkan begitu sahaja?
Kita tidak boleh berdiam diri. Saya bawa suara rakyat ke Parlimen.
Ini Malaysia, tanah air kita, tanah tumpahnya darah ku," katanya yang kelihatan seperti berkobar-kobar. - 23 Oktober 2018.