Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Oktober 2018

Kepada Pemandu Teksi Biadap, Mana Budi Bahasa Anda Soal Syed Saddiq.

BERITA HARIAN | Tindakan segelintir pemandu teksi, ‘angkat kaki’ meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu GRAB disifatkan sebagai tiada budi bahasa.


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, ketika menyelar sikap dicerminkan golongan yang sebelum ini diberi jolokan ‘duta kecil negara’ itu berkata tidak mungkin sesuatu penjelasan atau maklum balas berupaya memuaskan hati semua pihak.

“Kepada pemandu teksi yang biadab dalam sesi dialog tadi, mana budi bahasa anda? Ayahanda @chedetofficial (Dr Mahathir), dont be sad and please dont give up on us (jangan bersedih dan berputus asa terhadap kami),” katanya menerusi akaun Instagram rasminya @syedsaddiq, hari ini.

Dr Mahathir ketika menghadiri Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, hari ini dilaporkan berkata beliau sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan keluar meninggalkan majlis berikutan enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali dalam pentadbiran kerajaan selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan... saya pun tak boleh tolong. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara... Orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,”
katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata kejayaan akhirnya akan ditempa dengan berbekalkan niat dan usaha.

“Selagi niat dan usaha di tempat yang betul, insya-Allah kita akan berjaya bersama,” katanya dipercayai cuba ‘memujuk’ Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU selepas kelihatan hampa dengan sikap ditunjukkan segelintir pemandu teksi berkenaan. - 21 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...