Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Oktober 2018

Teksi Penipu, Pemeras Kata Bekas Menteri, Wajah Pemandu Teksi Maki Hamun Mahathir Disebarkan Netizens.

LAPORAN | Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin nampaknya bengang dengan tindakan segilintir pemandu teksi yang membuat onar ketika dalam satu majlis dialog bersama Perdana Menteri yang diadakan pada Ahad, 21 Oktober 2018, di Langkawi.

Dalam majlis itu, beberapa pemandu teksi menjerit dan membuat bising serta dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'kencing, hancing' selepas Tun Mahathir menjelaskan kerajaan tidak boleh berjanji untuk menghapuskan perkhidmatan GrabCar di Langkawi. 

Ini susulan dari permintaan pemandu-pemandu teksi Langkawi yang mendesak kerajaan untuk melarang perkhidmatan GrabCar dilakukan di Langkawi.


"Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dalam pertemuan dengan Tun Mahathir. Itu dengan Tun,sikap mereka dimana-mana lebih kurang ajar terhadap public. Lebih baik hapuskan sahaja teksi, tinggal Grab sahaja. Mereka bukan jenis manusia yang patut diberi muka. Penipu dan pemeras," kicau Zainuddin Maidin di Twitternya.

Apa yang dikatakan oleh Zainuddin Maidin ini juga pernah diberitahu oleh bekas Menteri Pelancongan, Nazri Aziz.

Pada tahun lepas, Nazri Aziz pernah mengeluarkan kenyataan Uber dan GrabCar diluluskan kerana pemandu teksi menipu pelancong.

Baca sini : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/08/nazri-uber-grab-diluluskan-kerana-teksi-tipu-pelancong/

Menurut Nazri Aziz lagi, reputasi pemandu teksi yang suka menipu pelancong juga telah merosakkan reputasi pelancongan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, di sosial media, beberapa pihak mula menyebarkan gambar individu yang dipercayai memaki hamun Mahathir dalam majlis dialog bersama Persatuan Teksi Langkawi.


Bagaimanapun, hasil semakan mendapati salah seorang pemandu teksi yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tun Mahathir merupakan penyokong kepada parti PPBM.


Untuk rekod, semalam Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) menerusi Pengerusinya, Zailani Isaisuludin berkata tindakan beberapa individu yang mengeluarkan kata-kata kesat merupakan satu sabotaj dan bukannya ahli kepada persatuan itu.

"Saya pun tidak kenal mereka, mungkin mereka diupah pihak tertentu untuk buat kacau di dalam perjumpaan dengan perdana menteri hari ini.

"Oleh itu saya menyangkal keras bahawa Perjiwa membuat perdana menteri berasa kecil hati. Itu bukan tindakan Perjiwa Malaysia. Itu adalah tindakan segelintir yang diupah oleh pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian majlis yang diadakan pada hari ini,"
katanya seperti dilapor Astro Awani.
- 22 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...