Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Wikileaks & Wikipedia Pun Tak Reti Bezakan, Lokman Adam Jadi Bahan Troll Di Sosmed.

SOSMED | Ini gara-gara tindakan Lokman Noor Adam yang memuatnaik satu gambar kononnya pendedahan mengenai kekayaan Tun Mahathir.

Di post itu Lokman menulis, "Wow, Wikileaks mendedahkan bahawa Tun Mahathir Ketua Negara nombor 2 terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak. Nilai bersih kekayaan USD 44 billion tu. Patutlah anak dia semua billionaire," katanya. 

Bagaimanapun apa yang membuatkan Lokman Adam termalu sendiri apabila di bahagian atas gambar yang dikongsikannya tertera pautan asal dimana gambar itu diambilnya yakni dari laman Wikipedia, satu portal yang boleh diedit oleh sesiapa sahaja yang memperolehi akses selepas mendaftar dengan mudah. 

Lokman Noor Adam terkantoi disitu dan posting itu nampaknya tidak lagi kelihatan berada di Facebooknya.

Beberapa pihak yang menyedari tentang kesilapan Lokman Noor Adam itu kemudiannya dengan segera merakam bukti dengan menangkaplayar post tersebut. Antaranya Effa Amran.

Effa Amran di kicauan itu berkata, "Bila kerja kau asyik fitnah orang, Wikileaks dengan Wikipedua pun tak kenal.. 

Wikipedia ini boleh edit tau tuan-tuan dan puan-puan," ciapnya seperti nada menyindir.


Ini bukan kali pertama Lokman menyebarkan fitnah. Awal bulan ini Lokman Adam pernah menyebarkan fitnah dimana beliau mendakwa menerima maklumat satu portal berita terkemuka di Singapura telah mendapat berita mengenai seorang lelaki Indonesia yang diliwat Anwar Ibrahim.

Lokman bagaimanapun memadamkan kenyataannya itu selepas berkata tersilap menerima maklumat. 

Bagaimanapun selepas laporan polis dibuat, beliau dengan angkuhnya mencabar kerajaan untuk tidak mengamalkan undang-undang rimba dan tidak gentar disiasat seolah-olahnya berada di pihak yang benar. Aneh bukan? 😅😅😅. - 25 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...