Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Akhirnya Di Parlimen Lim Guan Eng Jawab Hutang Rasmi Kerajaan RM686b. - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Semalam (23 Oktober 2018), Menteri Kewangan telah memberi jawapan bertulis kepada ahli parlimen mengenai hutang kerajaan.

Jawapan beliau adalah berikut:

1. Hutang rasmi kekal pada RM686 bilion. Jumlah RM1 trilion yang tak lekang di bibirnya adalah termasuk pembayaran pajakan sehingga tahun 2045!

Apa kata anda masukkan sekali kesemua bayaran pajakan dan perjanjian sewaan sehingga tahun 2100, Tentu propaganda hutang negara boleh naik sehingga RM2 trilion ataupun RM3 trilion. Lebih sedap didengar berbanding RM1 trilion.

2. Kerajaan telah mengeluarkan RM87.5 bilion hutang baru dari Januari hingga September. Berdasarkan laporan BNM, jumlah keseluruhan hutang pada penghujung Mac 2018 ialah RM705 bilion atau peningkatan RM19 bilion memandangkan hutang rasmi kerajaan kekal pada RM686 bilion pada penghujung 2017.

Ini bermakna kerajaan baharu telah meminjam sehingga RM60 bilion lagi hutang baharu sejak mereka ambil alih pentadbiran.

3. Jawapan Guan Eng juga mengesahkan bahawa tahap hutang kerajaan BN bagi tempoh 10 tahun hanya meningkat daripada 49.8 peratus pada 2010 kepada 50.8 peratus pada 2017.

Malah, peningkatan ini turut disifatkan Guan Eng sebagai dasar kitaran balas (counter cylical), termasuk pakej rangsangan RM67 bilion, bermakna kerajaan BN telah ambil langkah langkah wajar untuk meminjam dan berbelanja bagi menyelamatkan negara dari terjerumus ke dalam kemeseletan.

Disebalik segala propaganda dan putarbelit serta penipuan di luar parlimen untuk memburukkan kerajaan lalu, apabila di Parlimen, mereka dikehendaki bercakap benar.

Ini jawapan rasmi bertulis parlimen. Boleh baca.




----------------------

Demi menyedapkan hati dan untuk menagih secebis sorakan dari pemuja hutang RM1 trilion rekaan PH, kita jangkakan Menteri Kewangan akan jawab, biarpun pajakan ialah hingga 2045, ia tetap perlu dibayar. Oleh itu, ia tetap dikira sebagai hutang.


Sebelum dia jawab esok saya bagi tips sikit.

Ingat! Internet tak pernah lupa dan Guan Eng memang suka bongkarkan Guan Eng.

Hari itu di bawah desakan saya, Guan Eng sendiri sudah mengesahkan peranan kerajaan pusat yang menolong Pulau Pinang mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 90%.

Saya dedahkan sedikit lagi.

Hutang kerajaan Pulau Pinang ketika itu berjumlah RM655.4 juta dirasionalisasikan (atau diserap) oleh kerajaan persekutuan pimpinan saya di mana kerajaan negeri membayar (pajakan) secara runcit setiap tahun bagi tempoh 45 tahun.

Pada 1 Jun 2011, Guan Eng sendiri menulis mengenai pajakan aset air Pulau Pinang selama 45 tahun di mana kerajaan negeri perlu membayar sewaan RM14.56 juta setahun selama tempoh itu.

https://limguaneng.com/…/historic-water-restructuring-agre…/

Namun selepas rasionalisasi itu, Guan Eng berulangkali menyebut kononnya kerajaan negeri pimpinannya berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 90 peratus apabila mengenepikan pajakan 45 tahun itu.

Nampak sangat bahawa pajakan hanya dikira sebagai hutang apabila mahu memburukkan kerajaan BN dan mengelak dari menunaikan janji manifesto tetapi ia TIDAK dikira sebagai hutang jika dia mahu memuji diri sendiri.

Bukankah pajakan yang dibuat kerajaan Pulau Pinang untuk aset air selama 45 tahun itu juga hutang sebagaimana perkiraan Guan Eng kini?

Bak kata sebuah iklan, saya tiada masa untuk pening kepala. - 25 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...