Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Oktober 2018

Media Dilarang Menyatakan "Najib Bersalah" Kerana Perintah Tegah Siar Sementara, PRO BN Bersiap Nak Lapor Polis.

LAPORAN | Tan Sri Shafee Abdullah hari ini memperolehi PERINTAH TEGAH SIAR SEMENTARA dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini berhubung tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan ruang media, seperti ayat 'Najib bersalah' sedangkan proses perbicaraan masih berlangsung.

Di kumpulan WhatsApp pro Barisan Nasional pula, mereka telah bersiap sedia untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba 'menghukum' dan dianggap memberikan penilaian tidak adil ke atas Najib.



Menurut viral WhatsApp yang tersebar itu, pro Barisan Nasional beranggapan ruang media itu termasuklah;

1. Media digital - TV, portal, aplikasi, blog dan sewaktu dengannya.

2. Media tradisional - surat khabar, radio, poster, dan sewaktu dengannya.

3. Media sosial - Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Telegram, YouTube, WeChat dan sewaktu dengannya.

Berdasarkan kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah kepada pihak media, perkataan seperti "sesiapa sahaja tidak dibenarkan", "orang awam tidak boleh membincangkan dan mengeluarkan kenyataan secara prejudis", "apa sahaja jenis media", "membuat komen (respon)", "untuk menghentikan sesiapa sahaja berbuat komen seperti itu (Najib bersalah)," ada disebutkan tetapi perinciannya tidak dilaporkan secara jelas.

Pihak kami berharap ada wakil peguam yang boleh menghurai lanjut berhubung PERINTAH TEGAH SIAR SEMENTARA ini dengan tujuan untuk pencerahan kepada semua pihak.

Dan berikut merupakan laporan penuh;


FREE MALAYSIA TODAY | Peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam pertuduhan menyalahgunakan jawatan dan pecah amanah, mempertahankan perintah tegah siar sementara yang diperolehnya dari Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau berkata perintah itu untuk menjaga “integriti” kes jenayah daripada kenyataan umum terhadap Najib sebelum perbicaraan bermula.

“Matlamat utama adalah untuk menghentikan sesiapa sahaja daripada membuat kenyataan di media yang dilihat sebagai tidak adil kepada Najib.

“Kenyataan seperti ‘Najib bersalah’ atau ‘Najib tidak bersalah’ tidak patut dibuat,”
katanya, selepas mengiringi Najib membayar jaminan bagi 4 pertuduhan terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee berkata, perintah itu tidak termasuk pelaporan berita mengenai prosiding mahkamah kerana mahkamah terbuka kepada orang ramai.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah tegah siar sementara yang diminta Shafee terhadap media daripada membincangkan merit kes itu.

Shafee berkata, “Kami mempunyai pembelaan yang baik dan anda akan melihat apabila perbicaraan bermula.”

Perbicaraan Najib dijangka bermula pada Januari 2019.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan lebih banyak pertuduhan terhadap Najib, peguam itu yang mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah dan sivil, berkata: “Saya membiarkannya berlegar dalam imaginasi anda mengenai mengapa pihak berkuasa tidak mendakwanya bagi isu yang lebih besar, 1MDB”.

Hari ini, Peguam Negara Tommy Thomas tidak dapat menjelaskan sama ada lebih banyak tuduhan akan dikenakan terhadap Najib.

“Tidak dinafikan terdapat lebih banyak kertas siasatan oleh SPRM,” katanya, merujuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, Shafee mengkritik bekas peguam negara, Tan Sri Gani Patail, yang mengetuai pasukan petugas khas 1MDB, yang mengeluarkan kenyataan bahawa Najib ditangkap.

“Saya tidak tahu apa yang dilakukan pasukan petugas khas itu. Dan ia kelihatan seperti mereka memberi nasihat kepada peguam negara dalam melaksanakan budi bicaranya,” katanya.

Beliau menambah, “ini adalah satu keadaan yang saya bersetuju dengan kenyataan Majlis Peguam mengenai Najib.”

Semalam, Presiden Majlis Peguam George Varughese mengkritik pasukan petugas 1MDB yang mengeluarkan kenyataan mengenai penangkapan Najib di rumahnya. 


Varughese berkata pasukan itu tidak mempunyai kedudukan undang-undang sama ada untuk menangkap Najib atau memutuskan sama ada Najib didakwa ataupun tidak. - 25 Oktober 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...