Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Oktober 2018

40 MP UMNO Jumpa Mahathir, Bincang Lompat Parti.

POLITIK | Selepas Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed berbuat demikian semalam, hari ini blogger yang juga bekas Ketua Pengarang NSTP, A.Kadir Jasin dipetik sebagai berkata 40 Ahli Parlimen UMNO akan turut menyertai PPBM tak lama lagi.


Bagaimanapun perkara itu katanya tertakluk kepada keputusan parti. Mesyuarat mengenai perkara itu dibincangkan malam tadi.

Menurut Malay Mail, A.Kadir Jasin memberitahu kepada media itu, seramai 40 Ahli Parlimen UMNO telah pun berjumpa dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yasin bagi membincangkan hal berkenaan 'lompat parti'.

Sebelum ini blogger pro Amanah, Mohd Sayuti Omar berkata sekurang-kurangnya 3 Ahli Parlimen dari UMNO akan dilantik menjadi menteri bagi memperkemaskan kabinet Mahathir.

Mahathir dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi sesetengah menteri Pakatan Harapan yang masih berperangai seperti 'pembangkang' meskipun telah berjaya menjadi kerajaan.

Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa diura-urakan akan menyertai barisan kabinet Mahathir pada awal tahun hadapan. 

Sementara itu, ramai menjangkakan PPBM dalam proses 'merekruit" Ahli Parlimen UMNO yang berkebolehan bagi membantu memperkukuhkan parti itu dan barisan kerajaan. - 27 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...