Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Oktober 2018

Kasturi Sasau Bersendirian, Pakatan Harapan Tak Bersamanya.. - Abu Bakar Yahya.

Abu Bakar Yahya| Maaf saudara. Kita kena faham kata-kata seorang individu yang kebetulan seorang ahli politik DAP yg DAP itu pula merupakan komponen gabungan Pakatan Harapan dengan kata-kata yang merupakan dasar DAP atau dasar Pakatan Harapan.

Ternyata kata-kata Patto itu adalah pendapat peribadi, bukan dasar DAP.

Lebih-lebih lagi pula kata-kata Patto itu BUKAN merupakan dasar Pakatan Harapan.


Biarlah seribu Patto pun yang bercakap begitu, selagi ia TIDAK merupakan dasar pemerintahan, tak perlu dibimbangi.

Selagi kata-kata siapa saja yang bertentangan dengan ASAS PERLEMBAGAAN NEGARA, dia tidak akan membawa apa-apa kesan.

Contoh lain mengenai kononnya kata- kata beberapa pihak bahawa Kerajaan Pakatan Harapan menyokong gerakan LGBT. Ternyata itu pun tidak betul. Sudah beberapa kali dinafikan oleh Menteti Agama, YB Dr Mujahid Yusof Rawa.
Malah Tun Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia tidak akan pernah membenarkan perkahwinan sejenis.

Tetapi, yang anehnya, pihak-pihak tertentu tersebut masih lagi menuduh yang kerajaan PH menyokong LGBT.

Apa pun rakyat semua tahu pendirian dan dasar kerajaan Malaysua Baru tentang perkara itu.

Apakah oleh kerana pihak- pihak tertentu yang masih tidak mahu faham dasar kerajaan itu dan terus-menerus mendakwa dgn mengatakan bahawa kerajaan PH menyokong gerakan LGBT, maka pihak berkuasa harus menangkap mereka?

Begitu juga, apakah Patto yang telah mengeluarkan kenyataan peribadinya bahawa Malaysia hendaklah membenarkan seseorang itu murtad? Maka oleh sebab dia buat kenyataan begitu, kerajaan kena tangkap dia ?

Tidakkah kita faham bahawa segala berkaitan dengan hal ehwal agama adalah dibawah Raja-Raja, malah Menteri Agama sendiri tidak ada kuasa untuk mengubah dasar sedia ada dalam perlembagaan?


Menteri Agama hanya meneruskan dasar sedia ada yang termaktub dlm perlembagaan. Tugas kerajaan hanya mengurustadbir hal-ehwal Islam supaya lebih baik dan lebih tersusun.

Sebenarnya apa yang berlaku sekarang ini ialah ada pihak tertentu mengambil kesempatan dan berani mengeluarkan pendapat dan pandangan mereka kerana Kerajaan PH ini memberi ruang supaya siapa saja boleh bersuara. Bersuaralah. Termasuklah kebebasan akhbar.

Tetapi, dasar kerajaan dalam pemerintahan TETAP berlandaskan kepada Perlembagaan Negara yang sudah diterima pakai.

Dan Kerajaan PH berkali-kali menegaskan bahawa Petlembagaan Malaysia terutama mengenai Islam tetap akan dipertahankan.

Biarlah Patto bercakap macam orang sasau. Dia tak akan akan mampu mempengaruhi dasar kerajaan. Pendapat seorang dua dari DAP, malah jika itu pendapat DAP sekali pun, itu BUKAN bukti bahawa orang-orang bukan Islam sudah mendominasi pemerintahan Malaysia sekarang, selagi pendapat mereka tidak menjadi dasar kerajaan.

Besar sangatkah Patto itu sehingga kata-katanya boleh menggugat?

Saya fikir isu Patto ini sudah cukup dihadapi atau ditangani oleh pihak-pihak NGO Islam. Ajak dia berbahas. Ajak dia berhujjah. Beri dia penjelasan. Dakwahkan dia. Entah-entah dengan pendekatan dakwah yang bijaksana, hatinya terbuka.

Bukankah Saidina Umar Al-Khattab itu asalnya seorang penentang Islam yang sangat kuat sehingga beliau satu ketika bertekad untuk membunuh Nabi Muhammad SAW?


Untuk rekod, di atas ini adalah respon Abu Bakar Yahya terhadap penulisan viral seperti yang tersiar dibawah ini;
Mohd Hazizi Ab Rahman | Bersekutu dengan orang kafir dari sudut politik sehingga memberikan mereka dominasi kuasa politik di negara majoriti muslim adalah perbuatan haram, melalui banyak ayat al-Quran.

Itulah situasi politik negara kita sekarang, iaitu orang kafir mendominasi kuasa. Buktinya terlalu banyak, berdasarkan senario lima bulan pemerintahan PH, bahkan senario dominasi dalam kalangan parti komponen PH sendiri sebelum PRU14.

Terkini ialah kenyataan berani Kasthuri Patto DAP, yang jelas-jelas direkrut oleh negara asing sejak beberapa tahun lalu, untuk mempromosikan kebebasan beragama termasuk bebas murtad untuk orang Islam di Malaysia.

Tiada suara berautoriti, seperti pihak istana mahupun menteri yang menjaga (semua) agama, yang memanggil AP DAP itu mengadap, sekurang-kurangnya diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan biadapnya itu.

Dia perlu dipanggil mengadap kerana perjuangannya itu terang-terang menyalahi peruntukan perlembagaan negara. Kecualilah jika negara ini mahu dibiarkan menuju ke arah demokrasi liberal atau pihak berautoriti umat Islam sudah hilang cengkaman kuasa kerana berpindahnya dominasi ke tangan bukan muslim. Saya kira kedua-dua faktor ini sedang berlaku dan kita sedang merasai implikasinya.

Bahkan, di ketika umat Islam menyuarakan rasa marah, puak muslim PH yang menghalalkan "persekutuan yang membawa kepada dominasi politik kafir di negara ini" yang diharamkan Allah, tanpa segan silu menghentam suara-suara umat Islam itu sebagai emosional, tidak intelek, tidak matang, tidak beradab dan sebagainya.

Sebenarnya mereka hanya mahu melindungi sekutu politik kepartian mereka, DAP. Untuk itu mereka sanggup tuduh umat Islam dengan bermacam-macam tuduhan buruk dan kotor.

Mereka menunggang ayat dan hadith mengenai dakwah, demi menjustifikasikan persekutuan haram itu, dengan meninggalkan ayat dan hadith yang menuntut persaingan agar agama suci ini dibela dan kekal mulia saat diancam.

Mereka berada di medan politik, yang merupakan medan persaingan kuasa, tapi sayang mereka bersaing dan berlawan habis-habisan, dalam dewan, luar dewan, di alam nyata dan alam maya, untuk membenam suara umat Islam dan membiarkan suara anti Islam berkumandang.

Itulah demokrasi bagi mereka.

Sehingga kini, tidak nampak usaha mereka untuk mengembalikan semula dominasi politik di tangan orang Islam. Manakan tidak, persekutuan haram mereka sendiri sememangnya menghala ke arah yang bertentangan, iaitu mengukuhkan dominasi politik bukan muslim.

Orang-orang yang mengkategorikan kenyataan Kasthuri Patto DAP sebagai kata-kata bukan muslim yang tidak faham tentang Islam adalah (1) orang-orang naif, atau (2) sengaja mengkhianati Islam demi survival politik kepartian sempit. Tiada yang ketiga.

Persekutuan dengan bukan muslim yang mengakibatkan dominasi kuasa politik berada di tangan kafirun adalah perbuatan dosa, yang mudaratnya kena ke atas seluruh umat Islam.

Kita sebagai sebahagian umat Islam, yang tahu tentang hakikat ini, bertanggungjawab untuk bersuara dan menyampaikan peringatan, walaupun dicela oleh orang yang mencela dan dibenci oleh musyrikin.

Kepada Allah kembali setiap urusan. Kepada-Nya kita bertawakkal dan kepada-Nya kita kembali. - 23 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...