Khamis, 25 Oktober 2018

Tiga Wakil Rakyat UMNO Akan Dilantik Jadi Menteri - MSO.

SPEKULASI | Blogger pro Amanah, Mohd Sayuti Omar mendedahkan tiga wakil rakyat UMNO dipercayai akan dilantik sebagai menteri oleh Tun Mahathir.

Perkara itu katanya sedang dalam perbincangan dimana ketiga-tiganya akan keluar UMNO dan menyertai BERSATU dan selepas itu berkemungkinan untuk dilantik sebagai menteri.

Kata perlantikan itu perlu bagi menguatkan barisan kabinet Tun Mahathir yang dilihat masih belum kukuh. Katanya lagi, Anwar juga akan dibawa masuk ke dalam kabinet dalam penstukturan semula barisan kabinet Tun Mahathir.


Mahathir sebelum ini dilaporkan hanya memberikan markah 40% hingga 50% kepada barisan kabinetnya berhubung prestasi menteri-menteri Malaysia.

Berikut apa yang dinukilkan oleh Mohd Sayuti Omar di Facebooknya pagi tadi;

"TIGA WAKIL RAKYAT UMNO BAKAL DILANTIK MENTERI?

Sekurang-kurang tiga wakil rakyat Umno diketahui akan bergabung dengan parti Bersatu. Bila belum ditetapkan dan usaha ke arah itu sedang dilakukan secara insentif.

Penyertaan mereka katanya atas jemputan special daripada Dr Mahathir Mohamad.

Mereka katanya akan dipertimbangkan untuk dilantik menjadi menteri.

Dr Mahathir diberitakan juga memerlukan penyertaan mereka bagi membantu memperkuatkan kabinetnya yang kini dianggap belum mantap. Kenyataan beliau yang dipetik mahu agar menteri disekolahkan ada kaitan dengan ura-ura itu.

Dalam pada itu dipercayai penyertaan mereka akan bersekali dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam kabinet Dr Mahathir. Tunggu ulasan selanjut selepas makan nasi Manggie. Sila jengok blog Merah Tinta. Trims,"
katanya dalam satu kenyataan. - 25 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...