Selasa, 18 April 2017

Aksi MB Pahang Berbasikal - Netizens Kata Nak Raih Undi Ke?

Tular di media sosial beberapa gambar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berbasikal sambil diiringi oleh pasukan pengiring VVIP. Penyebaran gambar-gambar itu mendapat respon yang pelbagai dari warga maya.

Menurut laporan Bernama, basikal Nordic Track yang bernilai RM1,600 itu dihadiahkan oleh Yayasan Pahang kepada Menteri Besar itu bersempena harijadinya yang ke 67 tahun. 

Adnan pada mulanya berbasikal mengelilingi bangunan DUN di Wisma Sri Pahang beberapa kali sebelum berbasikal pulang ke rumahnya pada waktu rehat.

Adnan dilaporkan berbasikal selama 25 minit menuju ke Kubang Buaya, di mana rumahnya terletak sambil diiringi oleh dua anggota trafik dan ambulans.

Respon netizens

Netizens yang melihat penyebaran gambar itu tampil dengan pelbagai respon. Ada yang memuji dan bersahaja namun tak kurang juga yang menyindir ataupun mengkritik.

"Naik basikal dah lah slow. Menyusahkan orang yang beratur belakang kau", kata Saifullah.

"Siap ada escort pula. Polis sentiasa kena jaga menteri bodoh. Kesian polis tu", kata Apeace pula.

"Drama minyak naik. Rakyat tiada alasan untuk merungut minyak mahal kerana menteri BN pun naik basikal", kata Zulkifli.

"Jenis susahkan orang. Nak naik basikal duk tepi la. Orang lain pun bayar cukai jalan", kata Munzir yang menegur lagak Adnan yang berbasikal di tengah-tengah laluan jalanraya utama.

Walaupun begitu masih terdapat ramai pihak yang positif dengan aksi Adnan itu. Menurut Muhammad Firdaus, basikal itu dihadiahkan sempena harijadi menteri berkenaan. Mungkin sebagai tanda penghargaan maka Adnan berbasikal dari DUN ke rumahnya.

Bagaimanapun, menerima hadiah tidakla salah. Tetapi yang menjadi persoalan kenapa mesti berbasikal pada ketika itu juga? Di tengah-tengah laluan jalanraya pula tu. Dan sampai ada ambulance yang telah bersedia. 

Sedangkan basikal dikatakan dihadiahkan telah dihadiahkan pada waktu rehat. Dengan penyebaran gambar dan suntikan pujian melambung di sosial media kami percaya ia kempen yang baik untuk imej Adnan. 😁😁😁😁

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...