Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 April 2017

Gara-Gara Dapat Telefon Percuma Samsung A9 Pro Untuk Lawan Pembangkang, Cybertroopers UMNO Bertekak Sesama Sendiri..

Beberapa hari lepas, media sosial kecoh dengan isu cybertroopers BN yang mendapat telefon percuma model Samsung A9 Pro yang dianggarkan bernilai RM1,900.


Kononnya ia dianggap sebagai galakan kepada cybertrooper-cybertrooper UMNO ini untuk melawan hujah-hujah pembangkang di media sosial, juga sebagai persiapan ke arah pilihanraya negeri Sabah dan pilihanraya umum yang mungkin dilangsungkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Antara yang mendapat telefon percuma itu.




Ada yang dijemput, ada yang tidak

Apa yang membuatkan perkara itu menjadi isu di sesetengah mukabuku penyokong-penyokong UMNO ialah, ada di antara mereka yang setia dan bermati-matian mempertahankan UMNO tidak dijemput ke program tertutup itu. Mereka beranggapan jasa dan khidmat mereka tidak dihargai.

Zaharin juga memberikan kritikan terhadap perkara itu.


Susulan dari kritikan itu juga, membuatkan cybertroopers UMNO bercakaran sesama sendiri. Yang dapat telefon percuma VS yang tidak mendapat telefon percuma. Masing-masing mempertahankan pendapat dan saling sindir menyindir di antara satu sama yang lain.

Najib umum perang maya, ia sudah bermula

Dengan perjumpaan bersama cybertroopers UMNO itu, maka sah lah peperangan maya telah pun dilancarkan secara rasminya oleh Najib pada minggu lepas.

Pemberian telefon yang berspecs agak tinggi itu sebenarnya memudahkan kerja-kerja menyerang pihak lawan di laman sosial dengan lebih cepat. 


Skuad elit lawan pembangkang


Peperangan maya pada masakini tidak sama seperti tahun 2007 - 2010. Sejak-sejak kalah di beberapa buah negeri disebabkan pengaruh media sosial, BN memperuntukkan sejumlah wang yang agak banyak untuk menyebarkan kempen, menjawab hujah-hujah pembangkang, membetulkan salah-faham, mengkritik lawan di media sosial disamping menguatkuasakan beberapa peraturan-peraturan baru. 

Ini menyebabkan landskap media sosial berubah dengan kedua-dua kumpulan berjaya membentuk dan membina blok sokongan masing-masing bagi tujuan peperangan. Jika dahulunya jentera media sosial pembangkang kuat, kemudiannya sama kuat namun kini pembangkang semakin lemah, jentera media sosial BN bukan sahaja ramai, dan menjadi kuat malahan semakin keterhadapan.

Walaupun ada di kalangan mereka yang bergaduh berebutkan wang, telefon ataupun manfaat tertentu namun akhirnya mereka tetap bersatu untuk memenangkan Barisan Nasional.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...