Selasa, 18 April 2017

PAS Sindir Dan Hina Orang Guna Kartun Takpe Pula Kritik Pelukis.

Ketika Nanyang Siang Pau dikritik sehingga terpaksa menarik semula karya sindiran mereka dan meminta maaf kepada pihak-pihak yang terjejas, Fahmi Reza mempunyai pandangan yang berbeza.

Pelukis grafik yang kontroversi dengan lukisan badut Najib itu berpendapat budaya cencorship tidak sepatutnya dikenakan ke atas mana-mana pelukis di Malaysia, dan parti politik ataupun pemimpin sewajarnya meraikan sindiran dan satira secara demokratik.

Bagi menunjukkan solidariti ke atas apa yang dilalui Nanyang Siang Pau, Fahmi kemudiannya melukis wajah Tuan Guru Hadi Awang dengan niat hendak menyindir. Lukisan beruk yang kononnya menyerupai Hadi Awang itu adalah tanda protes Fahmi terhadap percubaan mana-mana pihak yang menghalang kebebasan berkarya di Malaysia.

Sumber - Fahmi Reza
Dalam pada itu, Fahmi juga menyelar sikap double standard PAS dalam meraikan kebebasan berkarya.

"Aku dah baca semua komen-komen yang mengkritik lukisan satira terbaru aku. Terima kasih kepada semua yang bagi feedback. Aku takde masalah untuk mendengar semua pendapat, teguran, kritikan, kecaman dan maki hamun korang semua. 

Dari komen-komen yang korang tinggalkan, ramai antara korang yang menganggap lukisan karikatur aku yang menggambarkan seorang politikus dengan rupa seekor haiwan sebagai “menghina”, "melampaui batas”, “biadap”, “kurang ajar”, “tidak beradab”, “keterlaluan”, “fitnah”, “menghina manusia ciptaan Allah”, “berdosa”, “takde nilai agama” dan 'tidak mengikuti sunnah Rasulullah' ", katanya dalam satu status di FB.

Fahmi turut berkongsikan lukisan yang mana menurutnya dilukis oleh kartunis tempatan yang juga ahli PAS dan dipercayai pernah tersiar di akhbar parti Islam itu.

"Izinkan aku berkongsi sebuah lukisan satira seorang kartunis tempatan yang merupakan seorang ahli parti Islam PAS, yang telah menggambarkan seorang politikus dengan rupa seekor haiwan. 

Sumber Fahmi Reza
Cuba korang teka suratkhabar mana yang telah siarkan kartun satira ini dalam akhbar mereka? Apa komen saudara-saudari sekalian?", katanya akhiri status tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...